Jumaat, 26 Mac 2010

Ingatan bagi pelupa: Malaikat Rahmat hibur hati orang beriman ketika sakaratulmaut

MEREKA yang dipermudahkan dan senang ketika menghadapi nazak ialah mereka yang beriman dan beramal kebajikan secara ikhlas. Allah mengutus berpuluh-puluh Malaikat Rahmat untuk menghibur hatinya ketika menghembuskan nafas terakhir, berpisah meninggalkan anak isteri dan keluarganya sehingga dia menghadapi mati dengan tenang, mudah, bahagia dan gembira.

Manakala orang terbabit dosa besar dan maksiat akan menghadapi kesukaran serta keperitan bertindih-tindih ketika nazak. Firman Allah yang bermaksud: “Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih.” (Surah al-Qiyamah, ayat 29) Orang disukarkan nazak ialah yang mendustakan agama, tidak mengerjakan solat, sombong, jahat, serta bergelumang dosa demi dosa. Ketika menghadapi nazak atau sakaratulmaut, Allah memperlihatkan kepada dirinya segala dosa dilakukan, seluruh penderitaan zahir dan batin mangsa perbuatannya dikumpulkan dan ditayangkan.

Jika dia membunuh diperlihatkan perbuatan pembunuhan itu. Jika dia menzalimi orang, maka diperlihatkan kezaliman dilakukan.

Selasa, 2 Mac 2010

Ibu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...

aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku

Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

pesan Ibu dulu:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim
wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan
pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima
ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah
tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit..
lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu

Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

KENALI TAYAR ANDA

Mari saya bawa anda berbicara perihal tayar :)

Tips #1

Perasan setiap kali kita membeli tayar baru ada terdapat nombor dan apa saja tulisan yang terdapat pada bahagian sisi tayar.

Ya ramai dia antara kita hanya membaca jenama atau saiznya sahaja tapi sesuatu yang penting iaitu kod pembuatan yang memberi maklumat bilakah tayar itu dibuat tidak kita perasan.Sebenarnya terdapat empat angka yang dikurung dengan tanda ‘aterisk’ sebegini *xxyy*.

Huruf ‘xx’ merujuk kepada minggu tayar tersebut dibuat.

Huruf ‘yy’ merujuk kepada tahun tayar tersebut dibuat.

Masih tak faham :) baiklah contohnya begini kod *2507* bermasud tayar tersebut dibuat pada minggu ke-25 iaitu bersamaan dengan bulan julai(lebih kurang) dan pada tahun 2007.

Jadi awas jangan terpedaya dengan tawaran harga murah dari mana kedai yang menjual tayar.Sebagai panduan untuk kita kongsikan bersama tayar kenderaan kebiasaanya cuma dapat bertahan selama tiga tahun sahaja dari tarikh ianya dikeluarkan.

Sebab itulah saya katakan jangan terpedaya dengan tawaran tayar baru berharga murah kerana dikhuatiri tayar tersebut sudah menghampiri atau melebihi had masa tiga tahun.

Begitu juga dengan tayar ’second hand’ sememangnya tidak cukup selamat untuk kita gunakan sekiranya faktor usia tayar kita ambil kira maklumlah motosikal hanya bergantung kepada dua roda.

Tips #2

Jangan guna tayar sotong.Kalau tak silap tayar sotong ni dah tidak dibenarkan lagi penggunaannya oleh kerajaan kerana banyak keburukan dari kebaikan .Bayangkanlah di mana kuasa untuk kita membrek dengan tayar sotong?Sedangkan permukaan tayar yang menyentuh jalan amat sedikit sekali.

Andai berlaku brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa.Lagi satu penggunaan tayar bersaiz kecil akan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita.

Tips #3

Selalu- selalulah kita membelek tayar motosikal kita terutama ketika mencucinya.Buangkan batu-batu kecil,dawai atau bendansing yang terlekat di celah alur bunga tayar.

Periksa kesan rekahan atau benjolan kerana itu menandakan tayar tersebut telah mengalami kerosakan dalaman yang boleh membahayakan.

Keadaan ini terjadi mungkin akibat melanggar tebing tinggi atau lubang yang kuat ketika menunggang di jalan raya.

Tips #4

Setiap pemilik motosikal ingin memiliki tayar yang terbaik untuk motosikal mereka.Pernahkan kita terfikir apakah maksud yang ada pada angka ‘80/90′,’90/110′ dan berbagai kombinasi angka yang tertulis pada bahagian sisi tayar motosikal anda?

Ada yang tak tahu dan ada juga yang tahu..tapi tak mengapa kita sama-sama mengambil tahu ok :)

Apakah maksud 80/90?

1.Angka 80 memberitahu kita mengenai kelebaran tayar tersebut dalam unit milimeter(mm).Manakala dalam unit inci ialah 3.20.

2.Angka 90 merujuk kepada nisbah ketinggian berbanding lebar tayar motosikal anda dalam unit peratus(%).Masih tidak faham? :) Baiklah sebagai contohnya angka 90 ini bermaksud ketinggian tayar adalah 90% daripada kelebaran(80) tayar motosikal anda.

3.Kesimpulannya jika tayar yang anda beli bersaiz 2.50 17, ini adalah dalam unit inci.Manakala saiz 80/90 adalah dalam unit milimeter(mm).

Setiap pengeluar tayar mempunyai ukuran atau saiz mengikut unit pilihan mereka sendiri.Oleh itu anda mesti tahu membaca saiz tayar mengikut unit yang diguna pakai.

Tips #5

Perhatikan keadaan kehausan tayar motosikal anda kerana setiap bentuk kehausan memberitahu sesuatu bentuk masalah mekanikal.

Sekiranya tayar motosikal anda kelihatan beralun pada permukaannya itu menggambarkan bahagian penyerap hentak atau absober telah mengalami kerosakan.Maksudnya sesetengah bahagian tayar kelihatan haus manakala sesetengah bahagian lagi kelihatan tidak dan keadaan ini berulang-ulang pada seluruh permukaan tayar.

Selain dari kerosakan absober,kemungkinan gegalas atau bearing tayar turut mengalami kerosakan.Jangan kita lokek untuk menukar sesuatu yang telah rosak pada mana-mana bahagian motosikal kerana nyawa adalah lebih penting..betul tak? :)

Situasi ini juga boleh berlaku sekiranya gegalas atau bearing pada bahagian tengkuk motosikal/steering.Ramai di antara kita yang amat jarang untuk memeriksa bahagian ini kerana ianya tidak dapat dilihat dari luar malah terpaksa membuka banyak bahagian pada motosikal untuk mengetahui keadaan sebenar.

Setelah kita mengenali dengan lebih mendalam bahagian tayar ini insyaAlah kita tahu apa tindakan yang harus dilakukan seandainya terdapat tanda-tanda kerosakan kerana motosikal hanya bergantung pada dua tayar sahaja.

Tidak seperti kenderaan empat roda di mana rosak satu masih ada tiga lagi yang dapat membantu.Lihat betapa hebatnya tayar di perlumbaan MotoGp atau sukan permotoran yang lain.Ketiadaupayaan sesebuah tayar boleh menggagalkan seseorang untuk menjadi juara di arena perlumbaan.
SUMBER DARI duniamoto.com

RON95 vs RON97

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.

TIDAK pasti tentang kualiti petrol untuk kereta anda? Sila rujuk pemberitahuan yang ada pada tangki kereta, buku manual atau berhubung terus dengan pengeluar kereta.

Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.

SETIAP pengeluar petrol memiliki dan membangunkan bahan api menggunakan teknologi tersendiri. - Gambar hiasan

Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai 'pakar' automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.

Baca dengan teliti kerana sebahagiannya memberi fakta yang songsang.