Rabu, 7 April 2010

Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100

Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.

Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.

Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.

Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-

1. Latar belakang syarikat dan web

Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois', seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.

Domain "Whois"

The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of "Infinity Downline" has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)

Meneliti web utama ID juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.

Penilaian saya: Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.


Bagi pihak yang mempertikaian hujjah ini, sedarilah hujjah utama saya bukan isu pada kredibiliti whois atau selainnya tetapi adalah web infitintydownline.com sendiri yang tidak mempunyai sebarang pengenalan syarikat yang mencukupi. Semuanya syarikat 'sampah' yang bersedia menghilangkan diri apabila sampai waktu.

Jika sesiapa merasakan kesimpulan saya dalam hal keraguan latarbelakang syarikat itu salah, saya amat hargai jika anda dapat memberikan nama pengurusan lengkap dan nombor lesen syarikat di Malaysia dan USA serta pejabat dan nombor telefon land line yang valid untuk dihubungi serta (bukan seperti maklumat contact yang ada pada web tersebut, yang mana kita perlu meninggalkan info untuk dihubungi mereka). Selain itu, jangan lupa berikan link dan bukti bahawa info yang diberi itu sahih dan berdaftar dengan pihak berkuasa di negara terbabit. Tanpa semua itu, whois atau tidak tidak penting, yang penting semua info tadi TIDAK WUJUD!. Itu point utama saya, jika ingin berhujjah, sila matikan hujjah saya yang pokok bukan yang ranting.



2. Asal dan perkembangan syarikat

Memang benar, kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com juga menunjukkan peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti dengan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.

Justeru dengan fakta ini, jelas skim ini memang sedang mendapat tempat di kalangan ramai di seluruh dunia, sehingga jika dicari berkenaannya di google dan yahoo, majoritinya memuja memuji system ini sebagai sistem termudah mendapatkan duit.

Penilaian saya : Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya Bernard Mardoff yang bernilai USD 5 billion lebih kelihatan reliable, tetapi ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apabila ia tidak berniaga barangan sebenar dan hanya memusing-musingkan kentungan dari orang bawah yang baru masuk kepada orang atas sistem piramidnya.

Justeru, pertumbuhan skim ini tidak memberi sebarang impak positif kepada penilaian hukum. Namun ia juga tidak memberikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, penilaian hukum terletak kepada aspek-aspek lain dan perkembangannya di seluruh dunia dan disertai ramai TIDAK SAMA SEKALI boleh membuktikan ia adalah sebuah system yang halal di sudut hukum Islam, dan tidak juga mampu membuktikan ia legitimate di sisi undang-undang.

3. Produk yang dijual

Sebagaimana dimaklumkan di web mereka, produknya adalah berupa ratusan e-book, audio dan video training untuk belajar menggunakan software tertentu seperti vista, microsoft, excel dan lain-lain. Berikut senarainya audio :

Outsourcers Bible
Easy Niche Riches
Profitable Web Site
Finding a Lawyer
Cyber Law
Grant Writing
Guerilla Marketing Tactics
Business Card Marketing Tactics
All About Acne
Patent Pending
Bedroom To Boardroom
Profit From Public Domain Data
Internet Finacing
Mentor Fortunes
Investing In You
Time Management
Marketing Moms
Wealth Building Secrets
Virtual Plastic
Article Marketing
Hiring and Retaining Good Employees
Life After Stroke Male Part
Life After Stroke Female
Leveraging Public Data
Home Seller Power Tips
Website Supernova Audio
You and Your Tattoo
Convert Docs To PDF
Blogging Your Way To Business Success
Internet Marketing Mindset
Viral Marketing
Social Bookmarking Secrets
SEO Cash Cow
Change Your Mind
eBay Marketing
How To Promote
Membership Site Call
Mastermind Recordings Marshall
Mastermind Recordings Marc Goldman
Mastermind Recordings Kacper
Mastermind Recordings Gislason
Instant Bestseller
Profitable Forex Trading
Extreme Persuassion Strategie
Customer Tested Buying Triggers
Explosive Influence Tactics
Clever Profit Generating Insights
Blockbuster Cash Secrets
Covert Product Selling Principles
Breakthrough Sales Solutions
Amazing Advertising Tips
Boot Camp
Million Dollar Copy
Internet Made Easy
How To Buy Into Success
Portal Profits
Business Metamorphosis
Getting Away From The Hype
IT for Small and Home Based Businesses
Skip The Mistakes To Success
Easy Money Interviews
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Stephen Pierce
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Shawn Casey
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Stewart
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Litman
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Linda Forsythe
Big Seminar Interview Atlanta 2004 John Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Joe Polish
Big Seminar Interview Atlanta 2004 JJ Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Atlanta 2005 Harv Ekers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Armand Morin
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Alex Mandossian



Beikurt pula senarai videonya :-

Affiliate Marketing 101
An introduction To Affiliate marketing 10 min 06 sec
Affiliate Networks & Product Selection 22 min 30 sec
Creating Your Site- continued 19 min 49 sec
Marketing Your Site 19 min 36 sec
More About Marketing & Closing Thoughts 9 min 21 sec


Camtasia Training Series
Introduction To Camtasia 7 min 23 sec
Producing Your Camtasia Video 19 min 25 sec
Recording And Editing Your Camtasia Video 7 min 56 sec
More About Editing Part 1 7 min 00 sec
More About Editing Part 2 7 min 47 sec
Creating a Camtasia Theater Project 8 min 03 sec


Drupal Training Series
How To Install Drupal 11 min 30 sec
Setting Up Drupal 12 min 42 sec
Site Building Options 20 min 27 sec
Adding Content & Managing Site Navigation 13 min 50 sec
Organizing Content 25 min 20 sec
Even More Setup 18 min 03 sec
Adding Modules For Improved Functionality 24 min 52 sec
Setting Meta Tags 13 min 51 sec

Exit Traffic Negotiator Installation
Install, Setup & Use Exit Traffic Negotiator On Your Web Page 16 min 46 bsec

Firefox 2 Training Series
Firefox Installing Firefox 5 min 3o sec
Firefox Blue Ice 5 min 10 sec
Firefox Bookmarks Manager 4 min 46 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Clear Private Data 4 min 59 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Download Manager 7 min 33 sec
Firefox Error Console 4 min 00 sec

download files 12 min 13
info bar 11 min 42
Karen's Cookie Viewer 7 min 28
keep updated 13 min 23
manage addons 7 min 10
phishing filter 11 min 17
pop up blocker 13 min 29
secure transactions 7 min 23
security overview 10 min 06
security zones 11 min 17
software explorer 13 min 41
spysweeper introduction 6 min 36
spyware malware 8 min 23
stop script errors 2 min 06
temporary internet folder 10 min 36
understanding certificates 18 min 31
windows defender introduction 11 min 05


Joomla Training Series
Installation 18 min 00 sec
Setup Joomla Site 17 min 49 sec
More Setup Options 24 min 28 sec
Create The Site 15 min 23 sec
Setup The Site 23 min 25 sec
Setup Contnued 13 min 22 sec
Inside The Site 18 min 46 sec


Microsoft Access Training Series
Access ACCDE Databases 1 min 52 sec
Access Email Updates 3 min 59 sec
Access File Format 1 min 45 sec
Access Layout View 2 min 32 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access New UI 5 min 10 sec
Access Password Security 2 min 43 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access Access Prebuilt Solutions 4 min 03 sec
Access Report Design 2 min 15 sec
Access View Toolbar 2 min 27 sec


Microsoft Excel Training Series
Excel Cell Types 3 min 20 sec
Excel Charting 4 min 18 sec
Excel Conditional Formating 4 min 44 sec
Excel Headers Footers 2 min 03 sec
Excel New File Format 8 min 51 sec
Excel New Interface 8 min 01 sec
Excel Pivot Tables 6 min 20 sec
Excel Shapes WordArt 3 min 09 sec
Excel Templates 3 min 44 sec
Excel Themes 3 min 20 sec


Microsoft Office Training Series
MSOffice versions 4 min 41 sec
MSOffice Upgrading From A Previous Version 6 min 14 sec



Begitulah beberapa petikan produknya yang boleh diperolehi dengan hanya USD25 atau RM 100. Sekali pandang ia kelihatan cukup baik, namun apabila diteliti tajuk-tajuk tertentu dalam senarai audio, ia jelas agak banyak tajuk yang dijual berkait hal yang dilarang di dalam Islam, malah majoritinya tidak dapat dipastikan kandungannya sama ada halal atau haram seperti tajuk "forex trading"-

Forex trading terlalu banyak bercampur aduk dengan yang haram, manakala tajuk tatoo, bedroom, bible etc secara tidak langsung memberi kekeliruan terhadap kandungannya, walaupun telah dimaklumkan bahawa isinya berlainan, ia tetap membawa syubhat yang besar sama ada pada tajuk itu sendiri atau teknik-teknik perniagaan di dalamnya yang tidak sama sekali mengambil kira displin perniagaan Islam. Tambahan pula kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti peserta.

Namun begitu, itu bukanlah isu utama masalahnya dalam hujjah ini. Hujjah utamanya adalah produk ini hanyalah sebagai alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan peserta, kononnya mereka menjual produk, sedangkan produk yang dijual tidak mempunyai sebarang kualiti khas, malah semua kaedah dan tatacara pengunaan itu boleh dengan mudah diperolehi secara percuma di internet. Justeru itu, produk seperti ini jelas adalah satu produk tanpa nilai seperti 'sampah' yang dihias bagi mencantikkan gambaran skim sahaja.

Selain itu, semua produk yang dibeli orang peserta TIDAK boleh diketahui isinya dengan jelas ( khususnya bagi tajuk-tajuk yang terlalu umum dan tidak direct to the content) kecuali setelah menyertainya. Ketika itu unsur gharar sekali lagi muncul dalam skim ini. Walaupun unsur ini semata tidak cukup kuat untuk menjatuhkan skim ini kepada HARAM, namun gabungannya dengan pelbagai isu dan masalah lain yang disebut dalam artikel ini, menyebabkan ia jatuh dalam sebuah skim perjudian dan juga riba.

Saya juga yakin majoriti yang memasuki system ini TIDAK SAMA SEKALI inginkan produk itu, malah tidak memanfaatkan produk yang diperolehi itu. Malah mereka hanya baru ingin mengetahui dan membuka isi produk yang mereka miliki setelah artikel ini mensasarkan masalah pada produk. Sebenarnya apa yang diingini adalah system reverse 2 up yang diwarwarkan membolehkan peserta memperolehi modal USD 25 dengan hanya seorang dowline, selanjutnya selaku upline mereka akan memperolehi komisyen yang merupakan keuntungan demi keuntungan.

Meneliti promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas memperlihatkan niat dan kecenderungan mereka adalah untuk bergiat dalam system money game dan bukannya berusaha mempromosikan produk-produk tanpa kualiti mereka. Ini jelas apabila sistem komisyen lebih diutamakan dalam promosi berbanding produk. Produk-produk mereka tiada kualiti khusus kerana hampir kesemua tajuk pada produk itu boleh didapati secara percuma sama ada dari youtube, google search dan sebagainya.



SAMPAHKAH PRODUKNYA?

Ada yang bertanya dan berhujjah bahawa produk itu walaupun kelihatan tidak berguna dan mudah diperolehi secara percuma. Namun seperti tayar buruk, ia mungkin tidak berguna bagi sesetengah orang namun ia berguna bagi sesetengah yang lain, lalu adakah wajar saya mengelarkan sebagai ‘sampah' atau tidak.

Untuk memahami guna atau tidak gunanya sesebuah produk, fahamkan kaedah fiqhiyah ini " al-Ibratu lil Ghalib as-Sya'i La Lin Nadir" (Ertinya : Pengajaran dan pengiktibaran dalam sandaran sesebuah hukum adalah apa yang diamal atau ditanggap oleh majoriti bukan bagi tanggapan terpencil)

Kes 'sampah' yang saya sebutkan membawa dua maksud iaitu sama ada :-

1) Produk itu memang tidak ada nilai dan kualiti yang khusus, untuk dijual beli sehingga bertingkat-tingkat dan melibatkan beribu-beribu orang manusia membeli dan menjualkan berulang kali. Hanya sekadar ia sebuah kompilasi tidak cukup menjadikan ia sebegitu digilai oleh ramai orang. Hakikatnya, sistemnya yang digilai bukan produknya.

2) Produk itu tidak sekalipun akan digunakan oleh peserta (iaitu berdasarkan tinjauan majoriti dan promosi ahli-ahli mereka), ia dikendalikan seperti 'sampah' (yang tidak terpakai dan tidak digunakan), ia sekadar mencukupkan syarat untuk menyertai sistem money game, piramid yang haram kerana judi, gharar dan riba. Atas dasar itu MEMANG PRODUK itu bernilai sampah, adakala berguna tetapi tidak utama, atau dilayan oleh peserta seperti sampah yang tidak utama dalam pergerakan dan promosi mereka.



4. Plan pembayaran komisyen ( compensation plan)

Perkara pertama yang perlu difahami, apabila sesuatu sistem atau skim upahnya tidak disandarkan kepada nilai jualan barangan atau produk, ia adalah tanda awal ia merupakan sistem piramid, head hunting atau money game.

Seperti yang disebut di atas, skim ini menggunakan system reverse 2 up. Sedikit penerangannya boleh dilihat dalam video yang disertakan ini .




REVERSE TWO UP SYSTEM

Yang difahami darinya :

· Dengan modal : RM100 ( 25 USD)

· Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diperolehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke akaun upline)

· Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE, RM100 setiap seorang akan terus dimasukkan ke dalam akaun

· Perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak)

CONTOH ; Seseorang menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Manakala (A) DAN (D) SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.

Sekiranya seseorang itu menaja atau mencari 10 orang ahli (=mangsa) ( ini diambil dari facebook ID , jika salah mereka yang salah)

Level 1 - 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
Level 2 - 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
Level 3 - 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 = RM90,00
Level 4 - 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 = RM900,000
Level 5 - 100000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100000 = RM81,000,000

Itulah angan-angan peserta skim mat jenin, seolah begitu mudah untuk mencapai level 5. Atau berikut cara kiraan lebih detail yang disiar di web infinity downline sendiri




Let's say that everyone only gets 4 people their first week and duplicates...

Week 1
You get your 4, you pass 2 of them upline.
You keep 2. So 2 X $25 = $50

Week 2
Your 2 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 4.
So 4 X $25 = $100
*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Week 3
Your 4 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 8.
So 8 X $25 = $200
*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Week 4
Your 8 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 16.
So 16 X $25 = $400
*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Week 5
Your 16 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 32.
So 32 X $25 = $800
*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Week 6
Your 32 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 64.
So 64 X $25 = $1600
*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Let's skip to week 10...

Week 10
Your 512 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 1024.
So 1024 X $25 = $25,600
*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Dalam web mereka sendiri, sama sekali tidak menceritakan kelebihan produk yang dimiliki. Tarikan bukan pada produk tapi pada kiraan komisyen di atas. Sebagaimana yang telah saya sebut dalam artikel MLM yang terdahulu, apabila yuran keahlian dijadikan sandaran komisyen dan segala komisyen itu juga bukan sebuah keuntungan hasil kontrak jual beli produk yang unik dengan kualitinya. Ia jelas sebuah system yang diharamkan di sisi Islam.

YURAN SETIAP BULAN

Ini adalah petikan dari kempen sana sini upline ID (rujuk facebook mereka) :

Kita akan terus-menerus dapat setiap bulan selagi downline maintain bayar USD25 tiap-tiap bulan. Paling best 100% bila anda menaja 1orang SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best program affiliate -INFINITY DOWNLINE ni.



Ini jelas satu lagi unsur haram, modal yang diwarwarkan sebenarnya bukan lagi USD 25 seumur hidup, rupanya adalah USD 25 sebulan!. Sedangkan produk yang telkah dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi produk bulan depan yang belum pasti akan diupdate oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat belum mengemaskinikan produknya, malah tidak disebut secara jelas, manakah produk baru pada tiap-tiap awal bulan, maka atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat? Sekadar untuk memastikan upline layak mendapat komisyen orang downline?. Jika itulah senarionya, ia JELAS Riba malah juga mempunyai unsur perjudian.

Perjudian semakin jelas apabila, kegagalan ahli maintain USD 25 setiap bulan akan menyebabkan dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak menerima komisyen orang bawah, kini dirinya dianggap orang baru di bawah sistem kaki tersebut setelah pendaftaran dan pembayaran semula dibuat.

Penilaian saya:

Menurut pandangan saya, sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system system reverse 2 up.

Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook , video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Ini jelas, pada hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

Sebagaimana juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI (= kalah), atau terus mendapat komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).

Tidak dinafikan sistem komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus artikel ini ditulis.

Tulisan ini memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang muamalat Islam.



KESIMPULAN AKHIR

1) Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.

2) Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.

3) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.

4) Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.

Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.

Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.

Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.

Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.

Ada yang menghantar email kepada saya bertanya tentang cara berhenti dan taubat. Ini jawapan ringkasnya. Jalannya adalah berhenti, sedarkan dowline juga dan semua komisyen yang masih lagi masuk disalurkan kepada faqir miskin. Modal sendiri boleh ambil semula.

Taubat boleh dibuat dgn menunaikan solat taubat sebanyak 2 rakaat dan insafilah dengan sebenar-sebenarnya keterlibatan dan kegelojohan kita terhadap wang dan harta itu, kemudian memperbanyakkan sedeqah dari semasa ke semasa. Selanjutnya panjatkan harapan setingginya kepada Allah untuk menerima taubat kita.



Sekian

Jumaat, 26 Mac 2010

Ingatan bagi pelupa: Malaikat Rahmat hibur hati orang beriman ketika sakaratulmaut

MEREKA yang dipermudahkan dan senang ketika menghadapi nazak ialah mereka yang beriman dan beramal kebajikan secara ikhlas. Allah mengutus berpuluh-puluh Malaikat Rahmat untuk menghibur hatinya ketika menghembuskan nafas terakhir, berpisah meninggalkan anak isteri dan keluarganya sehingga dia menghadapi mati dengan tenang, mudah, bahagia dan gembira.

Manakala orang terbabit dosa besar dan maksiat akan menghadapi kesukaran serta keperitan bertindih-tindih ketika nazak. Firman Allah yang bermaksud: “Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih.” (Surah al-Qiyamah, ayat 29) Orang disukarkan nazak ialah yang mendustakan agama, tidak mengerjakan solat, sombong, jahat, serta bergelumang dosa demi dosa. Ketika menghadapi nazak atau sakaratulmaut, Allah memperlihatkan kepada dirinya segala dosa dilakukan, seluruh penderitaan zahir dan batin mangsa perbuatannya dikumpulkan dan ditayangkan.

Jika dia membunuh diperlihatkan perbuatan pembunuhan itu. Jika dia menzalimi orang, maka diperlihatkan kezaliman dilakukan.

Selasa, 2 Mac 2010

Ibu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...

aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku

Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

pesan Ibu dulu:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim
wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan
pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima
ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah
tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit..
lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu

Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

KENALI TAYAR ANDA

Mari saya bawa anda berbicara perihal tayar :)

Tips #1

Perasan setiap kali kita membeli tayar baru ada terdapat nombor dan apa saja tulisan yang terdapat pada bahagian sisi tayar.

Ya ramai dia antara kita hanya membaca jenama atau saiznya sahaja tapi sesuatu yang penting iaitu kod pembuatan yang memberi maklumat bilakah tayar itu dibuat tidak kita perasan.Sebenarnya terdapat empat angka yang dikurung dengan tanda ‘aterisk’ sebegini *xxyy*.

Huruf ‘xx’ merujuk kepada minggu tayar tersebut dibuat.

Huruf ‘yy’ merujuk kepada tahun tayar tersebut dibuat.

Masih tak faham :) baiklah contohnya begini kod *2507* bermasud tayar tersebut dibuat pada minggu ke-25 iaitu bersamaan dengan bulan julai(lebih kurang) dan pada tahun 2007.

Jadi awas jangan terpedaya dengan tawaran harga murah dari mana kedai yang menjual tayar.Sebagai panduan untuk kita kongsikan bersama tayar kenderaan kebiasaanya cuma dapat bertahan selama tiga tahun sahaja dari tarikh ianya dikeluarkan.

Sebab itulah saya katakan jangan terpedaya dengan tawaran tayar baru berharga murah kerana dikhuatiri tayar tersebut sudah menghampiri atau melebihi had masa tiga tahun.

Begitu juga dengan tayar ’second hand’ sememangnya tidak cukup selamat untuk kita gunakan sekiranya faktor usia tayar kita ambil kira maklumlah motosikal hanya bergantung kepada dua roda.

Tips #2

Jangan guna tayar sotong.Kalau tak silap tayar sotong ni dah tidak dibenarkan lagi penggunaannya oleh kerajaan kerana banyak keburukan dari kebaikan .Bayangkanlah di mana kuasa untuk kita membrek dengan tayar sotong?Sedangkan permukaan tayar yang menyentuh jalan amat sedikit sekali.

Andai berlaku brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa.Lagi satu penggunaan tayar bersaiz kecil akan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita.

Tips #3

Selalu- selalulah kita membelek tayar motosikal kita terutama ketika mencucinya.Buangkan batu-batu kecil,dawai atau bendansing yang terlekat di celah alur bunga tayar.

Periksa kesan rekahan atau benjolan kerana itu menandakan tayar tersebut telah mengalami kerosakan dalaman yang boleh membahayakan.

Keadaan ini terjadi mungkin akibat melanggar tebing tinggi atau lubang yang kuat ketika menunggang di jalan raya.

Tips #4

Setiap pemilik motosikal ingin memiliki tayar yang terbaik untuk motosikal mereka.Pernahkan kita terfikir apakah maksud yang ada pada angka ‘80/90′,’90/110′ dan berbagai kombinasi angka yang tertulis pada bahagian sisi tayar motosikal anda?

Ada yang tak tahu dan ada juga yang tahu..tapi tak mengapa kita sama-sama mengambil tahu ok :)

Apakah maksud 80/90?

1.Angka 80 memberitahu kita mengenai kelebaran tayar tersebut dalam unit milimeter(mm).Manakala dalam unit inci ialah 3.20.

2.Angka 90 merujuk kepada nisbah ketinggian berbanding lebar tayar motosikal anda dalam unit peratus(%).Masih tidak faham? :) Baiklah sebagai contohnya angka 90 ini bermaksud ketinggian tayar adalah 90% daripada kelebaran(80) tayar motosikal anda.

3.Kesimpulannya jika tayar yang anda beli bersaiz 2.50 17, ini adalah dalam unit inci.Manakala saiz 80/90 adalah dalam unit milimeter(mm).

Setiap pengeluar tayar mempunyai ukuran atau saiz mengikut unit pilihan mereka sendiri.Oleh itu anda mesti tahu membaca saiz tayar mengikut unit yang diguna pakai.

Tips #5

Perhatikan keadaan kehausan tayar motosikal anda kerana setiap bentuk kehausan memberitahu sesuatu bentuk masalah mekanikal.

Sekiranya tayar motosikal anda kelihatan beralun pada permukaannya itu menggambarkan bahagian penyerap hentak atau absober telah mengalami kerosakan.Maksudnya sesetengah bahagian tayar kelihatan haus manakala sesetengah bahagian lagi kelihatan tidak dan keadaan ini berulang-ulang pada seluruh permukaan tayar.

Selain dari kerosakan absober,kemungkinan gegalas atau bearing tayar turut mengalami kerosakan.Jangan kita lokek untuk menukar sesuatu yang telah rosak pada mana-mana bahagian motosikal kerana nyawa adalah lebih penting..betul tak? :)

Situasi ini juga boleh berlaku sekiranya gegalas atau bearing pada bahagian tengkuk motosikal/steering.Ramai di antara kita yang amat jarang untuk memeriksa bahagian ini kerana ianya tidak dapat dilihat dari luar malah terpaksa membuka banyak bahagian pada motosikal untuk mengetahui keadaan sebenar.

Setelah kita mengenali dengan lebih mendalam bahagian tayar ini insyaAlah kita tahu apa tindakan yang harus dilakukan seandainya terdapat tanda-tanda kerosakan kerana motosikal hanya bergantung pada dua tayar sahaja.

Tidak seperti kenderaan empat roda di mana rosak satu masih ada tiga lagi yang dapat membantu.Lihat betapa hebatnya tayar di perlumbaan MotoGp atau sukan permotoran yang lain.Ketiadaupayaan sesebuah tayar boleh menggagalkan seseorang untuk menjadi juara di arena perlumbaan.
SUMBER DARI duniamoto.com

RON95 vs RON97

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.

TIDAK pasti tentang kualiti petrol untuk kereta anda? Sila rujuk pemberitahuan yang ada pada tangki kereta, buku manual atau berhubung terus dengan pengeluar kereta.

Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.

SETIAP pengeluar petrol memiliki dan membangunkan bahan api menggunakan teknologi tersendiri. - Gambar hiasan

Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai 'pakar' automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.

Baca dengan teliti kerana sebahagiannya memberi fakta yang songsang.

Rabu, 10 Februari 2010

Perut punca segala penyakit

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)

TEKANAN DARAH TINGGI ( HIPERTENSI )

Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb
2001
- 33% orang dewasa
- 2.6 juta berumur 30 thn
- 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup

Sebab :
- 85 - 90% faktor keturunan
- 40% faktor ahli keluarga terdekat
- 23% garam berlebihan

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN

KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN

Normal
Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn

Normal Tinggi
130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubag gaya hidup

Hipertensi Peringkat 1
140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup

Peringkat 2
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan

Peringkat 3
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu

Peringkat 4
210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

GEJALA-GEJALA YG BIASA
1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit Kepala waktu pagi
7. Telinga Berdegung / berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
9. Gayat tanpa sebab

TANDA AMARAN KRONIK

Serangan Iskemia Sementara (TIA)
* "Strok kecil" yg datang sekejap shj dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak.
* Dalam masa 5 thn, 35% akan mengalami strok sebenar.
* Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi.
* Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%.
* Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki - sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koodinasi kurang baik.



2 JENIS STROK ASAS

'Strok trombik' (serangan jantung ke otak)
* Saluran darah yg membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan. 'Strok Berdarah'
* Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
* (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah)
* Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser.

AMALAN DIET
1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging...
3. Jangan makan sayur dalam tin.
4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok...
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai...

MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI
1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit...
3. Kekacang, soya, dal dan dll...
4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (rokoli, kubis...)
7. Cara masakan rebus, kukus, pamggang, sekali kala goring.

UBAH GAYA HIDUP
* Pil perancang
* Rokok
* Alkohol
* Ketegangan (Stress)
* Amalkan Senaman

Tips Kesihatan

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Petua Kecantikan Semulajadi

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut
(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.
2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Menaikkan Seri Muka Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan
(1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.
Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda
(1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
(2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.
Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka
(1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka
(2) Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.
Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Rahsia 5 Jari

. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam
seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja.. semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomy & career yg stabil, but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah.

RAHSIA DIRI ANDA PADA HARI DILAHIRKAN

1 hb.
Kamu seorang  yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal
cinta.Kadangkala, pilihan  yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab
itu cinta kamu mudah beralih  arah bila terasa tidak wujud  keserasian.

2  hb.
Berbeza dengan mereka yang  dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan
pada 2hb cukup tegas orangnya dan  keputusan kamu sukar digugat termasuklah
soal cinta. Sekali kamu mengatakan  tidak, tidak siapa yang mampu
mengubahnya.

3  hb.
Kamu seorang yang cukup  bersemangat dalam menjalani kehidupan. Kamu
memerlukan cinta dalam hidup namun  sikap kamu yang seolah tak endah dan
sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa  membuatkan kamu segan untuk
didekati.

4  hb.
Dikatakan kamu yang dilahirkan  ! ;pada 4hb ini terlalu suka mengikut
perasaan dan kata hati. Sebab itulah, tidak  hairan bila kamu sering
tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu  sendiri kesali. Selalu
saja cinta kamu hinggap pada tempat yang  salah.

5  hb.
Awas ! Kawal perasaan cemburu  yang kamu miliki itu kerana ia boleh
memburukkan diri kamu sendiri. Namun  kebaikan kamu, bersifat pelindung
kepada orang-orang yang kamu  sayangi.

6  hb.
Kamu disukai ramai kerana  personality kamu yang cukup menarik
hati.Tidak hairanlah bila ramai yang cuba  menawan hati kamu.
Walaubagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting  selain cinta.

7hb.
Kamu seorang yang "happy go lucky"dan gemar berseronok. Namun
sikap Kamu  yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan
pergaulan kamu. Begitu  juga soal percintaan. Kamu ni pemilih  sangat

8  hb.
Kamu seorang yang r! omantis.  Wah! Beruntungnya siapa yang menjadi
pasangan kamu nanti. Namun kamu  mementingkan cinta sejati bukannya nafsu
semata-mata  saja.

9 hb.
 Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti
dan Keterampilan  diri di mata orang ramai. "Maintain Vouge" memanjang!
Dalam soal cinta, sudah  tentu kamu ingin yang setaraf juga.

10  hb.
Kamu yang dilahirkan pada  tarikh ini seorang yang sangat
mementingkan keluarga daripada  segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira
dalam keriuhan keluarga yang besar.  Namun sikap ini kadangkala membuatkan
buah hati terasa diri  terpinggir.

11  hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat  berdisiplin dalam mengatur
kehidupan kamu seharian. Sebab itulah, kamu juga  mengharap si dia juga
Bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir,  kadangkala hidup ini
terlalu boring bila terlalu mengikut peraturan  ???

12hb.
Kamu seorang  yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan
komitmen, selamanya kamu  akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang
menaruh minat padamu walaupun  tahu kamu sudahpun berpunya.

13  hb.
Kamu seorang yang sering  berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab
itulah kamu disukai ramai. Namun  dalam masa yang sama, kamu sering tunduk
dan tidak tahan dengan tekanan. Dari  segi hubungan cinta, kamu amat pandai
menjaga  perhubungan.

14  hb.
Hebat! Bagi kamu, karier /  pelajaran adalah segalanya dalam hidup.
Sebab itulah kamu tidak menerima  mana-mana huluran cinta daripada
sesiapa.Cinta dan perkahwinan adalah perkara  terakhir dalam senarai hidup
kamu.

15  hb.
Kamu yang dilahirkan pada  tarikh ini suka mengubah keputusan kamu
secara tiba-tiba. Namun apabila kamu  membuat keputusan, kamu akan terus
bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan  si dia, sikap kamu ini yang
suka membuat tindakan 'last  minutes'.

16  hb.
Kamu ini seorang yang moody  rupanya?? Sekejap mood kamu okey dan
sekejap pula kamu marah-marah. Ini  membuatkan tekanan dan si dia boring
dengan sikap kamu itu. Cuba kawal  sikit.

17  hb.
Kamu lebih suka menjaga hati  orang lain berbanding hati kamu
sendiri. Namun sikap penting yang kamu  tonjolkan membuatkan orang tidak
tahu perasaan sebenar  kamu.

18  hb.
Kamu ini sangat perahsia  orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan
cinta. Kamu lebih suka memendam  perasaan hingga mendatangkan tekanan pada
diri kamu. Dalam perhubungan cinta,  mereka sukar untuk melafazkan kata
sayang.

19  hb.
Kamu bersikap berhati-hati  dalam set! iap apa yang kamu lakukan
termasuklah menjalinkan perhubungan cinta.  Biasanya kamu lebih suka
mulakan persahabatan sebelum menjadi  serius.

20 hb.
Kamu  ini terlalu banyak permintaan. Adasahaja yang kamu inginkan.
Sebab itulah  sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta
itu dan ini. Kamu  sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia  !!!

21 hb.
Sikap kamu  yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang
lain 'ambil mudah'  terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu
berterus terang jika  ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum
terlambat.

22  hb.
Kamu yang lahir pada tarikh ini  seorang yang amat bercita-cita
tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri.  Dalam soal cinta, kamu akan
memilih seseorang yang kamu a kan rasa selamat  bila berada di sampingnya.

23  hb.
Sikap kamu yang kelaka! r dan  riang membuatkan orang suka mendampangi
kamu. Malangnya kamu sering terasa  bosan bila berada disamping teman-teman
dan si dia . Jangan begitu, kadangkala  kita perlu serius dalam hidup.

24 hb.
Kamu seorang  yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan
cinta, kamu terlalu takut  dilukai hingga membuatkan kamu bersifat
mengongkong si  dia.

25 hb.
Bila  menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki /
perempuan yang bagi  pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum
sejenis kamu. Kalau tak  mencuba, bagaimana nak tau,  kan!!!!!!!!!!!!!!

26  hb.
Kamu harus ubah sikap kamu yang  dikatakan tidak serius dalam
perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih  mementingkan keseronokan
saja????

27 hb.
Kamu  sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun
kekasih kamu  sendiri. Tak ba! ik wasangka !!!!!!!!!!!!

28  hb.
Kamu suka diri kamu menjadi  perhatian ramai di kalangan teman-teman.
Namun kadangkala di dalam keghairahan  bila mejadi tumpuan, kamu
meminggirkan si dia tanpa  disedari.

29 hb.
Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa sahaja
selagi  kamu tidak puas hati dengan apa yag kamu  miliki.

30  hb.
Kamu seorang yang keras kepala.  Ini juga punca pergaduhan kamu
dengan si dia kerana kamu sukar untuk  beralah.

31  hb.
Terlalu banyak yang kamu  impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai
apa yang kamu miliki sekarang  termasuk si dia yang setia  !!!