1 hb.
Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal
cinta.Kadangkala, pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab
itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.
2 hb.
Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan
pada 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah
soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tidak siapa yang mampu
mengubahnya.
3 hb.
Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan. Kamu
memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan
sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk
didekati.
4 hb.
Dikatakan kamu yang dilahirkan ! ;pada 4hb ini terlalu suka mengikut
perasaan dan kata hati. Sebab itulah, tidak hairan bila kamu sering
tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu
saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.
5 hb.
Awas ! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh
memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung
kepada orang-orang yang kamu sayangi.
6 hb.
Kamu disukai ramai kerana personality kamu yang cukup menarik
hati.Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu.
Walaubagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.
7hb.
Kamu seorang yang "happy go lucky"dan gemar berseronok. Namun
sikap Kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan
pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat
8 hb.
Kamu seorang yang r! omantis. Wah! Beruntungnya siapa yang menjadi
pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu
semata-mata saja.
9 hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti
dan Keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain Vouge" memanjang!
Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang setaraf juga.
10 hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat
mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira
dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan
buah hati terasa diri terpinggir.
11 hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur
kehidupan kamu seharian. Sebab itulah, kamu juga mengharap si dia juga
Bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini
terlalu boring bila terlalu mengikut peraturan ???
12hb.
Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan
komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang
menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya.
13 hb.
Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab
itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk
dan tidak tahan dengan tekanan. Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai
menjaga perhubungan.
14 hb.
Hebat! Bagi kamu, karier / pelajaran adalah segalanya dalam hidup.
Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada
sesiapa.Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup
kamu.
15 hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu
secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus
bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang
suka membuat tindakan 'last minutes'.
16 hb.
Kamu ini seorang yang moody rupanya?? Sekejap mood kamu okey dan
sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring
dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.
17 hb.
Kamu lebih suka menjaga hati orang lain berbanding hati kamu
sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak
tahu perasaan sebenar kamu.
18 hb.
Kamu ini sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan
cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada
diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata
sayang.
19 hb.
Kamu bersikap berhati-hati dalam set! iap apa yang kamu lakukan
termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka
mulakan persahabatan sebelum menjadi serius.
20 hb.
Kamu ini terlalu banyak permintaan. Adasahaja yang kamu inginkan.
Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta
itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia !!!
21 hb.
Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang
lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu
berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum
terlambat.
22 hb.
Kamu yang lahir pada tarikh ini seorang yang amat bercita-cita
tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan
memilih seseorang yang kamu a kan rasa selamat bila berada di sampingnya.
23 hb.
Sikap kamu yang kelaka! r dan riang membuatkan orang suka mendampangi
kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada disamping teman-teman
dan si dia . Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.
24 hb.
Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan
cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat
mengongkong si dia.
25 hb.
Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki /
perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum
sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau, kan!!!!!!!!!!!!!!
26 hb.
Kamu harus ubah sikap kamu yang dikatakan tidak serius dalam
perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan
saja????
27 hb.
Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun
kekasih kamu sendiri. Tak ba! ik wasangka !!!!!!!!!!!!
28 hb.
Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman.
Namun kadangkala di dalam keghairahan bila mejadi tumpuan, kamu
meminggirkan si dia tanpa disedari.
29 hb.
Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa sahaja
selagi kamu tidak puas hati dengan apa yag kamu miliki.
30 hb.
Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu
dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah.
31 hb.
Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai
apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia !!!
Rabu, 10 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan