Selasa, 29 Disember 2009

Si ‘perfectionist’ Shaheizy Sam


MENGENALI diri aktor Shaheizy Sam A. Samad, mungkin tiada yang tahu bahawa dirinya seorang yang pemalu. Namun, apabila diberikan watak untuk dilakonkan, dia pasti tidak akan menghampakan harapan pengarah dan cuba sedaya upaya mengikis sikap malunya itu.

Pelakon yang mula dikenali menerusi telefilem Pa’e ini menganggap tahap keyakinan dirinya berubah-ubah di mana dia akan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi apabila bekerja dan sebaliknya apabila berada di luar kerja.

Sam, 26, yang pada mulanya agak kurang bercakap akan bertukar menjadi ramah serta-merta bergantung kepada orang yang berlawan cakap dengannya.

“Apabila bekerja, tahap keyakinan saya memang tinggi kerana kalau membuat sesuatu benda itu saya akan membuat sesuatu yang saya tahu dan kalau tak tahu memang susah nak buat.

“Tetapi untuk membawa diri mengadap peminat dan berjumpa dengan sesiapa sekalipun serta ditemuramah seperti ini pun, tahap keyakinan saya tidaklah setinggi mana pasal saya ini agak pemalu orangnya.

“Saya mempunyai masalah apabila ada orang memandang saya semacam sedangkan saya tidak tahu apa persepsinya terhadap saya,” kata Shaheizy yang sudah bekerja di hadapan kamera sejak tahun 1994 lagi di mana ketika itu dia masih bersekolah di darjah enam.

Lakonan pertamanya adalah filem Sama Tak Serupa arahan Allahyarham Yuzwan Wahid.

Walaupun sudah 14 tahun mendiami dunia lakonan ini, dia masih malu untuk bertemu dengan khalayak dan lebih suka berada di dalam dunianya sendiri.

Tambah anak bongsu kepada penerbit dan pelakon Khaty Fauziah dan adik kepada pelakon Zizie Ezette ini, dia tidak dapat sesuaikan diri sebagai seorang ‘public figure’ dan sebolehnya tidak mahu membezakan dirinya seperti orang lain.
Shaheizy Sam...seorang pemuda yang pemalu dan 'perfectionist'.

Selain itu, jangan ada yang tidak tahu bahawa Sam merupakan seorang yang ‘perfectionist’ dari semua segi.

“Apa yang saya tahu, ramai berpendapat orang Virgo ni seorang yang ‘perfectionist’. Jadi, secara halusnya saya menyedari pendapat itu ada kemungkinannya betul.

“Oleh itu, saya akan fikirkan terlebih dahulu dari segi penampilan saya tentang apa yang saya nak pakai, apa yang saya akan lakukan dan apa yang saya nak cakap. Saya tak boleh keluar sesuka hati tetapi kadangkala tu ada juga saya terbuat salah.

“Saya buat itu semua bukan disebabkan saya artis tetapi mungkin sudah dilahirkan begitu.

“Memang kalau ikut kehendak, dari kecil lagi saya sudah hidup dalam dunia saya sendiri sehingga orang mengatakan dirinya sombong sedangkan tidak,” jelas Sam yang semakin meningkat naik dan mempunyai harapan untuk pergi lebih jauh kerana bakat lakonannya.

Jadi, tidak hairanlah jika Sam diberikan gelaran ‘Johnny Depp Malaysia’ oleh segelintir pelakon dan pengarah.

Walaupun begitu, Sam tidak pernah menganggap dirinya bagus dan masih menagih ilmu daripada penggiat seni yang berpengalaman.

“Saya tak pernah rasa bagus. Berbalik kepada ‘perfectionist’, saya tidak pernah berpuas hati dengan kerja dari dahulu hingga sekarang.

“Saya suka memerhati keadaan sekeliling dan kuat berfikir. Saya tidak boleh malas belajar kerana pelakon bukan sekadar berlakon dan kita perlu tahu apa yang kita buat.

“Jika hendak tahu sesuatu karektor itu, kita tak boleh hanya gambarkan tetapi kita kena tulis dan sebenarnya banyak kerja yang kita perlu buat apabila bergelar seorang pelakon. Dalam malu-malu saya pun, saya tak malu bertanya.

“Jadi, setiap kali berlakon, saya akan ada guru-guru yang baru,” ulas Sam.

Tambah Sam, pujian yang diberikan sedikit sebanyak memberinya kekuatan untuk tidak jemu-jemu belajar perkara yang baru.

“Saya juga tidak merasakan seseorang pelakon itu sudah dikira berjaya apabila mendapat anugerah. Saya rasa mungkin apa yang pelakon itu buat adalah tepat dari segi perwatakan dan cerita yang dia lakonkan.

“Walaupun orang itu tak dapat anugerah, tak semestinya pelakon itu tidak bagus.

“Apabila seseorang itu berada dalam cerita dan pelakon-pelakon yang bagus, dia akan mudah mendapat anugerah.

“Saya rasa mungkin akan bagus kalau dapat berdialog dengan Al Pacino,” kata Sam dalam nada gurau.

Namun, tidak mustahil jika impiannya untuk berdiri setanding dengan pelakon hollywood akan tercapai jika Sam sanggup bekerja keras.

Di samping cuba merealisasikan impiannya, Sam juga sempat memberikan sedikit pandangan tentang sikap kebanyakan produksi tempatan yang kurang membuka peluang kepada sesetengah pelakon.

“Saya lihat kebanyakan pengarah dan produser sekarang lebih suka mengambil pelakon yang mereka sudah nampak pernah melakonkan sesuatu watak itu berbanding eksperimental.
Sam merasakan dirinya belum benar-benar popular.

Saya rasa mungkin itu merupakan salah satu kelemahan produksi kita kerana kita harus berpegang kepada sesuatu iaitu jika dia adalah pelakon, dia boleh melakonkan mana-mana watak.

“Mungkin kerana kebanyakan produksi kita tidak mahu mengambil risiko,” komen Sam.

Populariti

Apabila menyebut nama Shaheizy Sam, rasanya ramai yang tertanya-tanya siapakah dia. Tetapi jika menyebut nama Pa’e, barulah orang mengenalinya.

Lalu, bagaimana Sam merasakan tahap penerimaan penonton terhadapnya sekarang walaupun dia boleh dikategorikan sebagai pelakon berbakat?

Mungkinkah Sam kurang popular kerana imej bersih yang dikekalkan sehingga sekarang?

“Saya rasa mungkin diri ini masih tidak dikenali orang kerana saya bukanlah seseorang yang suka ‘expose’ diri-sendiri disebabkan perasaan malu saya itu.

“Saya terasa apabila saya tak berada pada satu tahap tetapi pelakon lain awal-awal lagi dah naik.

“Tetapi, saya sedar diri apabila melihat cara saya ‘expose’. Tidak mengapa, lebih baik saya buat apa yang saya suka dan tidak kisah sama ada orang kenal atau tidak.

“Saya pun takut kalau orang kenal kita kerana kita popular tetapi hasil kerja tidak begitu memuaskan. Lebih baik kita tumpukan kerja kita pada masa akan datang.

“Saya pegang pada satu prinsip di mana orang akan kenal kita kalau suatu hari nanti kita bagus. Tak kisah sama ada kita ini pelakon, ahli perniagaan dan apa-apa profesion sekalipun,” tutur Sam yang sama sekali tidak mahu menumpang populariti ibu dan kakaknya.

Evolusi KL Drift 2

Bertanya tentang perkembangan terkini, Sam berkata dia sedang membuat persediaan untuk berlakon filem Evolusi KL Drift 2 mulai Februari depan.

“Di dalam filem tersebut, saya memegang watak Ery iaitu watak antagonis yang lebih kurang sama dengan watak saya di dalam filem Bohsia.

“Ery merupakan seorang yang mempunyai penyakit mental. Kalau boleh setiap pelakon inginkan perwatakan yang berbeza. Jadi, saya harapkan watak Ery akan berbeza dengan watak saya di dalam filem Bohsia,” ujar Sam mengenai filem arahan Shamsul Datuk Yusof itu.

Bohsia

Sebelum Evolusi KL Drift 2, Sam pernah bekerjasama dengan Shamsul menerusi filem Bohsia.

Di dalam filem Bohsia, Sam memegang watak Acai, seorang yang tidak mematuhi undang-undang, pantang dicabar, berani dan suka mengikut telunjuk sendiri.

Menurut Sam, Acai menjadi seorang yang liar kesan daripada pil yang diambil.
Sam digelar 'Johnny Depp Malaysia' oleh beberapa pengarah dan pelakon tempatan.

Biarpun kedua-dua filem yang dilakonkan ini adalah watak antagonis, Sam berkata dia selesa menerima watak apa sekalipun lebih-lebih apabila diberikan peluang bekerja dengan pengarah seperti Shamsul.

Jelas Sam, dia selesa bekerjasama dengan Shamsul disebabkan visi yang dibawa oleh anak kepada produser dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam itu.

“Shamsul merupakan pengarah muda dan saya rasakan tidak jauh beza antara umur saya dan dia.

“Orang muda ni ada visi mereka tersendiri. Kita nampak imaginasi mereka lebih kurang sama berbanding dengan orang yang lebih berusia.

“Misalnya, apabila kita bercakap tentang cara bekerja, cara Datuk Yusof dan Shamsul bekerja adalah berbeza disebabkan faktor umur.

“Yang pasti, ada perkara yang saya boleh kaitkan apabila bekerja dengan orang muda. Fahaman saya dan dia juga akan menjadi sama apabila berada dalam kalangan umur yang sama,” ujar anak muda yang cukup mengagumi lakonan beberapa nama besar dalam dunia lakonan seperti Mel Gibson, Al Pacino, Ben Foster, Fauziah Nawi, Datuk Jalaluddin Hassan dan Rosyam Nor.

Jangan Pandang Belakang Congkak


Filem ketiga yang dilakonkan oleh Sam adalah Jangan Pandang Belakang Congkak arahan Ahmad Idham.

Bercerita tentang pengalamannya di dalam filem yang menggabungkan tajuk dua filem arahan Idham iaitu Jangan Pandang Belakang dan Congkak, Sam berkata dia seronok dapat berganding dengan pelakon yang kelakar.

“Watak saya di dalam filem ini adalah seorang yang suka mengelamun dan sedikit sebanyak menunjukkan seni jiwanya.“Bercerita tentang komedi, terdapat banyak pecahannya iaitu komedi slapstik, komedi situasi, ‘black comedy’ dan lain-lain. Terus-terang saya katakan, komedi saya agak berbeza daripada komedi Lan Pet Pet dan Azlee yang lebih kepada komedi slapstik.

“Mereka lebih banyak menggunakan ‘energy’ untuk berlawak berbanding saya kerana saya lebih menggunakan komedi situasi. Saya banyak menggunakan sesuatu situasi berbanding fizikal untuk berlawak.

“Agak sukar juga saya hendak berlawak dengan mereka kerana ‘energy’ lawak kami berbeza. Saya nak berlawak sikit-sikit tu bolehlah kot,” katanya yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Idham menerusi filem Syurga Cinta dan drama bersiri Impak Maksima.

Kasanova XXL

Selain filem, Sam turut kerap muncul di kaca televisyen seperti drama Ali Din, Impak Maksima, Graduan, Elly dan KL Menjerit.

Terbaru, Sam berlakon di dalam siri Kasanova XXL yang menemui penonton setiap Selasa, pukul 11 malam di TV3.

Sam membawa watak Ozi atau nama penuhnya, Osman Halim, seorang pemuda berbadan gemuk yang gemar masuk laman sembang Internet dengan menggunakan nama samaran, Wira Internet.

Kata Sam, walaupun terpaksa menahan kepanasan kerana mengenakan kostum tebal, namun dia berpuas hati kerana skrip ceritanya yang menarik dan bergandingan pelakon yang lucu.

Mahathir pertikai pembelian pesawat baru ganti MiG-29N


Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertikaikan langkah kerajaan yang disifatkannya sebagai tidak bijak apabila memilih untuk menggantikan pesawat MiG-29N dengan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) yang lain.

Bekas Perdana Menteri itu amat berharap supaya kerajaan membatalkan keputusan tersebut dan memilih untuk membaik pulih pesawat MiG-29N sedia ada.

Beliau turut menarik perhatian dengan menyatakan, penjualan dan pembelian pesawat oleh kerajaan mampu memberi keuntungan besar sehingga berjuta-juta ringgit kepada orang tengah.

"Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan menukar MiG-29 untuk beli (pesawat) yang baru?" katanya dalam entri terbaru bertajuk MiG-29 dalam blognya, www.chedet.co.cc hari ini.

Dr. Mahathir juga mempertikaikan kewajaran kerajaan mengesahkan bahawa pesawat pejuang itu sudah tidak dapat digunakan lagi, walhal usianya belum mencecah 20 tahun.

Menurut beliau, banyak negara lain yang turut menggunakan pesawat itu seperti India masih menggunakannya tanpa sebarang masalah dan tidak bertindak menukarkannya kepada pesawat lain.

"Saya percaya ada cara untuk baik pulih pesawat pejuang dan pesawat lain. Tak bolehkah kita baik pulih MiG-29N ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh.

"Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan jutaan hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang," katanya.

Tambah Dr. Mahathir, walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah berbanding buatan Amerika Syarikat (AS), tetapi sejumlah wang yang besar masih terpaksa dibelanjakan untuk menukar kepada pesawat baru yang sudah pasti akan menelan kos jutaan ringgit.

"Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah kita belanja ratusan juta untuk pesawat ganti?

"Pesawat AS kononnya tahan lebih lama. Tetapi kita perlu ingat apabila duit untuk membeli MiG-29 diguna untuk beli pesawat F/A-18, akhirnya kita tahu syarat ketat yang dikenakan oleh AS," katanya.

Jelas beliau, pihak AS tidak akan memberikan source code atau kod teknikal yang akan mengehadkan kegunaan pesawat F/A-18 itu dan akhirnya digunakan untuk tujuan pameran sahaja.

Pada 28 Oktober lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada sidang Dewan Rakyat memberitahu, kerajaan sedang meneliti MRCA yang dikeluarkan empat negara iaitu AS, Perancis, Itali dan Sweden bagi menggantikan MiG-29N yang akan ditamatkan perkhidmatannya pada 31 Disember tahun depan.

Menurut Ahmad Zahid, pembelian MRCA itu tidak akan melibatkan pesawat dari Rusia berikutan pengalaman pahit kerajaan apabila terpaksa membelanjakan kos tinggi RM260 juta setahun untuk menyenggara semua pesawat MiG-29N.

Sem Baru Dah Bermula..

Tak lama lagi, sem baru ak bermula. Boleh dikatakan banyak subjek susah dalam semester ni. Harap2 ak boleh carry la subjek sem ni. Yang paling penting jangan la repeat. Aku nak grad on time.. Hehe..

OPV KELAS FLOREAL - Kapal Ronda Samudera Tentera Laut Perancis


Setiap kapal perang permukaan dari sebesar-sebesar kapal penjajap (cruiser) dan pembinasa kepada sekecil-kecil kapal ronda laju melaksanakan peranannya dengan meronda di kawasan perairan dalam satu tempoh masa yang ditetapkan agar dapat bertindak sekiranya tercetus peperangan di laut. Namun begitu kemungkinan pertempuran antara kapal dengan kapal semenjak selepas Perang Dunia Kedua khasnya dan lebih-lebih lagi dengan berakhirnya zaman Perang Dingin menyaksikan lebih banyak kapal tentera laut moden ini melaksanakan peranan lain seperti operasi ketenteraan selain peperangan (MOOTW), menentang keganasan dan juga bantuan kemanusiaan. Malah di banyak negara di mana kemungkinan berlakunya konflik bersenjata di perairan adalah kecil atau tiada langsung, peranan ini sering disebut sebagai “tugasan yang lebih mirip kepada pengawal pantai”.
Ungkapan tadi tentunya kurang tepat bagi negara-negara yang turut memiliki pasukan pengawal pantai kerana peranan pengawal pantai adalah lebih kepada penguatkuasaan di laut. Kehadiran kapal-kapal tentera laut di perairan negara masing-masing dalam suasana bukan peperangan sebenarnya lebih sesuai dikategorikan sebagai kawalan waktu aman. Kapal ronda luar pantai atau offshore patrol vessel (OPV) merupakan jenis kapal yang paling sesuai dan praktikal berbanding kapal-kapal tempur konvensional seperti pembinasa dan friget kerana kos pengoperasiannya yang tinggi untuk tugas dalam konflik intensiti rendah dan bantuan kemanusiaan memandangkan ia menggunakan banyak peralatan berat dan memerlukan anak kapal yang ramai. Jika Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerimapakai konsep kapal khusus untuk rondaan luar pesisir waktu aman seumpama ini bermula dengan OPV Kelas Marikh (kini telah diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia - APMM) sekitar 1980an yang kini diteruskan dengan kapal-kapal peronda generasi baru (NGPV) Kelas Kedah, tentera laut Perancis (Marine Nationale) turut melakukan perkara yang sama menerusi khidmat kapal kelas Floréal.

Kesinambungan A69 Aviso
Percaya atau tidak, konsep OPV boleh dianggap masih muda dalam doktrin operasi tentera laut negara maju seperti Marine Nationale. Kelas kapal yang memulakan konsep ini, walaupun bukan secara sepenuhnya adalah friget ringan yang pada mulanya dibina khas untuk peranan pertahanan anti kapal selam pinggir pantai (coastal) iaitu kelas D’Estienne d’Orves yang juga turut dikenali sebagai A69 Aviso (untuk pengetahuan pembaca, aviso secara amnya adalah kapal yang saiznya tergolong ke dalam kategori kapal korvet). Friget yang ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Marine Nationale dari tahun 1976 hingga 1984 ini bagaimanapun turut berkemampuan menjalankan tugas iringan laut lepas khasnya bagi menyokong pasukan kelautan strategik atau FOST, unit kapal selam peluru berpandu balistik berkuasa nuklear (SSBN) Marine Nationale. Dibina dengan rekabentuk yang ringkas dan teguh, kapal kelas ini dilengkapi dengan sistem pendorongan yang boleh diharap dan ekonomik, yang membolehkan kapal-kapal tersebut digunakan untuk misi kehadiran di seberang laut.

Kapal dengan berat pemindahan 950 tan ini dikendalikan oleh tujuh pegawai dan 83 kelasi dan mampu beroperasi sejauh 7200 kilometer pada kelajuan 15 knot. Ia dilengkapi peluru berpandu anti-kapal MM 40 Exocet, satu meriam 100mm dua kegunaan (DP), dua meriam anti-pesawat 20mm, 4 tiub torpedo dan satu unit mortar anti-kapal selam 6 tiub 375mm Creusot Loire Mk54 yang boleh dipusing dan dihalakan ke pelbagai arah. Kesemuanya tidak mempunyai kemudahan geladak untuk pendaratan helikopte

Jumaat, 25 Disember 2009

Henry muka baru Manchester City?


LONDON - Kapten Perancis, Thierry Henry mungkin kembali beraksi dalam kempen Liga Perdana England.

Bagaimanapun, Henry tidak akan kembali menyarung jersi Arsenal, sebaliknya penyerang Barcelona itu dilapor bakal menyertai Manchester City.

Media Sepanyol melaporkan bahawa Barcelona bersedia mendengar sebarang tawaran ke atas pemain berusia 32 tahun itu pada musim perpindahan Januari depan.

Pengurus baru City, Roberto Mancini dikatakan mahu seorang penyerang berpengalaman mengetuai jentera serangannya dalam misi menduduki empat kedudukan teratas liga.

Henry mempunyai kontrak bersama Barca sehingga 2011, namun dia juga dikatakan menjadi buruan kelab Amerika Syarikat, New York Red Bulls.

Barca sedar mereka akan mendapat wang penjualan yang tinggi ke atas penyerang Perancis itu sekiranya dijual pada Januari depan.

Henry jarang mendapat tempat dalam skuad utama Barca musim ini berikutan kemerosotan prestasi dan kecederaan yang dialaminya.

Kehadiran Zlatan Ibrahimovic juga dikatakan yang menipiskan lagi peluang Henry berada dalam kesebelasan utama Barca musim ini.

Sebelum ini, Henry telah dikritik hebat selepas sengaja menampan bola dengan tangan ketika membantu Perancis menewaskan Republik Ireland pada kempen kelayakan Piala Dunia 2010.

Khamis, 24 Disember 2009

TUDM dapatkan bantuan China selenggara Sukhoi



Malaysia memperkukuhkan hubungan ketenteraan udaranya dengan China dan memohon bantuan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) negara itu untuk penyelenggaraan dan sokongan logistik jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Sukhoi.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud berkata, Malaysia juga bercadang untuk membeli sesetengah barangan kelengkapan tentera China.

"China telah berkembang menjadi kuasa besar di rantau ini dan mempunyai teknologi lebih maju, dan hubungan kita dengan China kini semakin bertambah baik," katanya kepada Bernama di sini.

Rodzali adalah antara panglima tentera udara dari 34 negara yang berada di sini untuk menghadiri forum antarabangsa selama dua hari mulai hari ini sempena sambutan Ulang Tahun ke-60 Tentera Udara PLA (PLAF).

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan dari China, Jen Xu Qiliang, di ibu pejabat PLAF, malam tadi.

"Mereka boleh membantu kita dalam banyak bidang seperti untuk bahagian dan penyelenggaraan untuk jet pejuang SU-30. Sebenarnya, Malaysia juga sedang mencari sesetengah produk tentera China," kata Rodzal.

TUDM mempunyai 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 buatan Rusia manakala China juga memiliki banyak pesawat pejuang buatan Rusia termasuk Sukhoi SU-30.

Rodzali berkata, TUDM akan mengukuhkan kerjasama dengan PLAF.

Pada masa lalu ia telah menyertai program pertukaran pegawai dan perkongsian maklumat keselamatan serantau.

Terdapat enam anggota tentera Malaysia kini mengikuti pengajian di Universiti Pertahanan China dan Maktab Turus China dan negara itu bersetuju menghantar pelajarnya menuntut di Kolej Pertahanan Malaysia tahun depan.

Ia merupakan kumpulan pertama pelajar China.

Delegasi TUDM akan menghadiri pertunjukan udara PLAF dan menyaksikan pameran peralatan tentera udara di Shahe di sini esok selain melawat Muzium PLAF pada keesokannya.

Kumpulan itu juga akan melawat pangkalan udara Jining di Shandong pada Isnin untuk menyaksikan pameran jet pejuang buatan China sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Soal Jawab Agama



Duit pinjaman untuk tujuan lain

Apakah hukumnya duit pinjaman pelajaran digunakan untuk tujuan lain seperti menonton wayang, berdating, berhibur, melancong dan sebagainya?

Hukumnya haram dan ia merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab serta menghianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada si peminjam tadi kerana wang yang dipinjam untuk keperluan belajar. Jika dibazirkan terhadap perkara-perkara yang haram maka si peminjam melakukan dua dosa, yang pertama melakukan perkara yang haram dan yang keduanya pula menghianati amanah rakyat.

Kedai Runcit Dihimpit Pasar Raya

Perniagaan runcit milik peniaga Melayu di pinggir Bandar besar semakin tenat dan bakal lenyap jika tiada usaha menyelamatkannya. Perniagaan runcit yang diusahakan peniaga Melayu terpaksa bersaing dengan pasar raya besar seperti Tesco, Giant, Carrefour dan lain-lain lagi yang menawarkan harga lebih rendah dan mempunyai pelbagai jenis barangan di bawah satu bumbung.
Sudah pasti orang ramai memilih membeli di pasar raya besar berbanding kedai runcit orang Melayu yang ada kalanya kekurangan stok barangan dan harganya lebih mahal.
Apa yang menyedihkan kebanyakan pasar raya besar dimonopoli oleh pelabur asing yang mempunyai premis besar dan boleh meraih pendapatan lebih RM 1 juta sehari! Apa yang terjadi kepada peniaga runcit Melayu? Mereka seakan-akan ‘dianaktirikan’ di bumi sendiri. Nak dapatkan keuntungan bersih RM 100 sehari pun terkial-kial!
Sepatutnya mereka harus dibela dan diberi bantuan untuk mengembangkan perniagaan. Kerajaan harus mengambil tindakan sewajarnya dengan membantu usahawan Melayu yang menghadapi masalah untuk menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan. Kerajaan seharusnya menyediakan peruntukan secukupnya termasuk membiayai kemudahan pembiayaan perniagaan, pihak bank dan agensi pembiayaan yang lain harus aktif dalam memberikan pinjaman perniagaan.
Keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini memerlukan usahawan Melayu bekerja dan berusaha gigih untuk memastikan objektif untuk menjadikan mereka lebih berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan serta lebih kompetitif. Inilah masa terbaik untuk semua usahawan Melayu bermuhasabah diri, mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri.

NGPV 176 SELANGOR



Pada 23 Julai lalu bertempat di limbungan Boustead Naval Shipyard, Lumut, Perak, kapal terakhir dalam program NGPV telah dinama dan dilancarkan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj.

Kapal PV6 yang bakal mempunyai nombor penant 176 (SELANGOR) ini menandakan juga selesainya program pembinaan kapal NGPV yang terakhir, satu program yang membawa seribu satu pengalaman dan pembelajaran kepada bukan sahaja pihak Boustead Naval Shipyard, malah pihak Tentera Laut Diraja Malaysia, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan juga di kalangan pihak umum.


Latarbelakang


Kontrak untuk membina enam buah kapal NGPV telah ditandatangani pada 13 Oktober 1998 dengan konsortium German naval Group telah memenangi tender bagi membina kapal-kapal tersebut dengan kerjasama firma tempatan PSC-Naval Dockyard. Kapal-kapal NGPV yang juga dikenali sebagai program kapal ronda generasi baru TLDM adalah merupakan kapal yang mempunyai rekabentuk yang berasaskan kepada rekabentuk kapal Blohm+Voss MEKO 100. Mengikut perjanjian, dua dari kapal pertama akan dibina di limbungan Blohm + Voss yang terletak di Hamburg, Jerman. Empat kapal berikutnya pula akan dibina di limbungan PSC-Naval Dockyard di Lumut. Ke enam-enam kapal ini sebenarnya adalah merupakan fasa pertama dari sejumlah 27 buah kapal ronda yang diperlukan oleh TLDM untuk terus beroperasi secara efektif bagi mengawal keselamatan dan kedaulatan kawasan perairan negara. Ini kritikal kerana kapal-kapal PV atau ‘Petrol Vessel’ milik TLDM ketika itu telahpun mencapai umur lebih 40 tahun dan walaupun masih mampu memberikan khidmat dalam rondaan pesisir pantai, namun mungkin dalam bentuk rondaan jarak dekat dan bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang sahaja dan bukan bagi operasi bercorak ketenteraan. Ini adalah kerana saiz, rekabentuk dan sistem penderia serta persenjataannya sudah tidak lagi relevan kepada ancaman hari ini dan mendatang.

Pada permulaannya program tersebut dianggap oleh banyak pihak sebagai antara program yang bakal mempertingkatkan kemampuan teknologi maritim ketenteraan negara, khususnya kepada forma PSC-Naval Dockyard yang merupakan kontrak utama untuk kesemua kapal-kapal NGPV tersebut. Keseluruhan kontrak dianggarkan bernilai RM5.6 billion dengan wang pendahuluan sehingga 20% didahulukan oleh pihak Kerajaan, iaitu dalam jumlah RM1.07 billion. Kontrak juga berkehendak bahawa jaminan alat ganti dan komponen perlu wujud selama dua tahun pertama dari pihak Jerman. Selepas tempoh tersebut, komponen dan alat-ganti ini bakal dikeluarkan oleh PSC-Naval Dockyard sendiri di Lumut. Kontrak juga berkehendakkan bahawa komponen tempatan bagi membina kapal tersebut mestilah tidak kurang dari 30%. Dengan jumlah kontrak yang berbillion ringgit, PSC-Naval Dockyard yang berada dibawah penguasaan Amin Shah yang pernah satu ketika dahulu mendapat nama jolokan ‘Onasis Malaysia’ dilihat bakal meletakkan nama Malaysia sebagai salah sebuah negara pengeluar kapal-kapal perang yang berteknologi moden. Seterusnya memenuhi aspirasi negara untuk tidak terlalu bergantung kepada pihak luar dalam melengkapkan diri bagi pertahanan dan kedaulatan kawasan maritimnya.

Harapan ini walau bagaimanapun hampir berkecai apabila PSC-Naval Dockyard gagal memenuhi kontrak untuk membekalkan kapal-kapal NGPV sepertimana yang tertera pada perjanjian. Dua kapal pertama yang dibina di Jerman dan dihantar ke negara ini menggunakan kapal pengangkut khas telah dinama dan dilancarkan pada 2003 dan 2004, namun selepas dari pelancaran kedua kapal tersebut, proses penyerahannya kepada TLDM mula berhadapan dengan masalah. Ini termasuklah kegagalannya untuk memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dari sudut teknikal dan operasi. Mengikut kontrak, kesemua kapal tersebut perlu dihantar sebelum bulan April 2007 dan penghantaran pertama perlu dilakukan pada bulan Mac 2004. Penalti akan dikenakan sebanyak 0.5% dari nilai kontrak bagi setiap bulan jika berlaku kelewatan penghantaran. Bagaimana pun, atas dasar membantu kontraktor tempatan , nilai maksimum penalti kerana gagal memenuhi tempoh syarat penghantaran itu dihadkan hanya kepasa RM53.5 juta. Hanya pada bulan Jun 2006, barulah penghantaran pertama dibuat dan bulan berikutnya untuk penghantaran kedua kapal tersebut kepada pihak TLDM. Namum begitu, terdapat 100 laporan kerja tidak lengkap pada kapal yang pertama dan 383 pada kapal yang kedua pada masa ianya diterima. Juga terdapat 298 aduan khusus mengenai operasi bagi kedua-dua kapal tersebut. Ini menjadikan kedua kapal tidak menepati syarat spesifikasi teknikal yang ditetapkan TLDM dan ianya tidak dapat beroperasi pada tahap maksima dan lebih membimbangkan ia mampu membahayakan keselamatan dan nyawa krew yang mengoperasikan kapal-kapal tersebut.

Pembinaan kapal-kapal berikutnya juga menghadapi pelbagai masalah. Pada pertengahan tahun 2007, satu laporan yang amat kritikal mengenai program tersebut telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam atau PAC. Jawatankuasa tersebut dibawah Datuk Shahrir Abdul Samad telah membuat kesimpulan bahawa program tersebut perlu dibatalkan segera kerana kelewatan dan kegagalan membekalkan kapal ronda generasi baru kepada TLDM bakal mempunyai kesan negatif kepada kemampuan TLDM untuk menjamin keselamatan kawasan maritim negara. Beliau dengan tegas menjelaskan bahawa kegagalan PSC-Naval Dockyard adalah ‘disebabkan sikap tamak pengurusan tertinggi syarikat tersebut’. Lebih mengecewakan pihak umum ialah didalam laporan menyebut, pada hujung tahun 2006, Kerajaan telah membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM4.26 Billion kepada kontraktor walaupun kerja yang baru disiapkan cuma bernilai RM2.87 Billion. PAC ‘merumuskan bahawa projek penswastaan limbungan dan kapal NGPV untuk TLDM oleh syarikat PSC-Naval Dockyard gagal.’ Kegagalan ini seakan mempunyai kesan yang teruk kepada Amin Shah dengan satu persatu firma yang dikaitkan dengan beliau mula mengalami perubahan yang menyaksikan kepentingannya diketepikan. Ini termasuklah dalam firma-firma seperti PSCI, Actacorp Holdings Bhd, Helmed Setron (Halifac Capital Bhd) serta Bolton. PSC- Naval Dockyard telah diberikan pengurusan dan nama baru, iaitu Boustead Naval Shipyard.

Lembaran baru

Semenjak PAC mengumumkan terdapat begitu banyak perlakuan dan tindakan pengurusan yang diragukan sehingga menyababkan program NGPV hampir terbengkalai sepenuhnya, keyakinan pihak umum terhadap firma tersebut, pihak Kerajaan dan TLDM sendiri dari segi ketelusan pengurusan telah terjejas dengan agak teruk. Tugas pengurusan baru yang mengambil-aleh limbungan serta diamanahkan untuk menyiapkan kapal-kapal NGPV, iaitu Boustead Naval Shipyard yang berada di bawah Pengarah Urusannya yang baru iaitu Laksamana Madya Tan Sri Dato’ Sri Ahmad Ramli Hj Mohd Noor (Bersara) dilihat bakal terpaksa melawan arus yang deras. Kepercayaan dan keyakinan umum kepada limbungan tersebut berada pada tahap paling rendah, manakala ketidak-tentuan mengenai pembatalan program yang boleh menyebabkan pemberhentian kerja dan tenaga profesional industri perkapalan ketenteraan merungsingkan masyarakat di Lumut, Manjung serta Setiawan di Perak yang bergantung kepada industri tersebut untuk menyara-hidup.Ura-ura pembatalan program pula akan menyaksikan pihak Kerajaan terpaksa menanggung rugi yang bukan sedikit, apa lagi sekiranya dikenakan tindakan oleh mahkamah akibat kegagalan melaksanakan perjanjian dan terpaksa membayar ganti-rugi kepada firma Bhlom + Voss. Episod ini juga telah mencemarkan prestasi industri maritim negara apabila dianggap tidak profesional mahupun telus dalam pengurusannya. Akhirnya Kerajaan mengambil keputusan untuk menyelamatkan program tersebut demi maruah, faktor ekonomi serta keperluan mendesak TLDM untuk memiliki lebih banyak kapal ronda bagi mengawasi kawasan maritimnya.

Langkah awal yang diambil oleh Boustead Naval Shipyard ialah mengemas-kinikan pengurusan serta melaksanakan beberapa langkah yang dikenal pasti dapat menjulang semula nama limbungan kapal di Lumut sebagai limbungan terkemuka jika tidak pada peringkat global, setidaknya di rantau ini. Antaranya adalah perlaksanaan Sistem Peningkatan Berterusan (CIS – Continous Improvement System) dan juga ‘Quality Environments’ atau Persekitaran Berkualiti. Nama dan warna limbungan utama PSC-Naval Dockyard yang boleh dikatakan turut ‘terpalit’ dengan masalah pengurusan telah digantikan dengan nama yang baru. Walaupun nampak kosmetik, namun ia sebenarnya memainkan peranan besar kepada persepsi moral tenaga kerja dan umum terhadap firma dan pengurusan barunya.

Menurut Tan Sri Ahmad Ramli, Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard, usaha bagi menyempurnakan kontrak pertama firma ini adalah sulit terutamanya dalam usaha untuk memulihkan syarikat. Tanggungjawab kepada Boustead sebenarnya adalah amat berat kerana ia diberi tugas untuk membina empat kapal NGPV dengan proses pembinaan hampir keseluruhannya dilaksanakan oleh tenaga kerja dan kepakaran tempatan. Pada peringkat awal terdapat kritikan dan mungkin juga cemuhan serta kurang kepercayaan untuk dapat memenuhi kontrak membina dan menyerahkan empat lagi baki kapal kepada TLDM dari sesetengah pihak. Namun Boustead meneruskan usahanya dan meniti jalan yang sepatutnya diambil oleh pihak PSC-Naval Dockyard terdahulu dengan meletakkan kepentingan keselamatan dan kedaulatan negara serta tanggungjawab sosial disamping meneruskan usaha untuk membina kepakaran dalam bidang pembinaan kapal perang yang berteknologi tinggi. Bagi membuktikan perkara ini Boustead telah memberi peluang kepada lebih daripada seribu syarikat tempatan untuk terlibat secara langsung di bawah projek pembinaan NGPV dengan lebih dari 60% dari firma dan syarikat yang terlibat adalah merupakan milik Bumiputera. Hampir RM700 juta nilai kontrak telahpun diagihkan kepada syarikat-syarikat tersebut bagi pembinaan kapal ketiga hingga yang keenam.

Dari menjadi bahan sindiran sinis setelah mengalami kelewatan sehingga dua tahun, program NGPV dibawah pengurusan Boustead Naval Shipyard telah mengorak langkah dengan pantas. Pembinaan kapal-kapal yang sebelum ini mengalami masalah diteruskan walaupun tidak semua kepakaran oleh pembekal-pembekal asal atau utama (OEM – Original Equipment Manufacturer) diberikan seratus peratus. Dalam keadaan ini modal insan firma Boustead terpaksa mempercepatkan lengkuk pembelajaran mereka dan menimba sebanyak yang mungkin berkaitan teknologi platform ketenteraan maritim. Sebagai firma yang dianggap menjadi ‘payung’ kepada industri maritim negara, Boustead melalui program NGPVnya telah turut telah memberikan firma-firma pembekal peralatan lain pengalaman dan kepakaran yang sukar diperolehi untuk menguasai teknologi berkaitan pembuatan kapal perang yang moden. Hasilnya keempat-empat kapal iaitu PERAK, TERENGGANU, KELANTAN dan SELANGOR telah berjaya disiapkan pembinaannya kira-kira dalam tempoh masa kira-kira dua tahun iaitu dari November 2007 hingga Julai 2009.

Kapal-kapal NGPV ini dijangka akan menyertai armada TLDM menjelang pertengahan tahun 2010 setelah selesai menjalani pemasangan terakhir yang melibatkan kesemua sistem penderia elektronik yang pelbagai, ujian pelayaran dan juga ujian sistem persenjataan.

SELANGOR

Sejarah penamaan nama SELANGOR pada kapal tentera bermula apabila pihak British telah menyerahkan tujuh buah platform yang diklasifikasikan sebagai Seaward Defence Motor Launch atau SDML kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan salah sebuah kapal tersebut telah dinamakan sebagai HMMS (Her Majesty’s Malayan Ship) SRI SELANGOR dengan nombor penantnya P3509. Pada 1958, sempena menyambut ulang tahun pertama kemerdekaan Tanah Melayu, kapal ini telah diberikan nama Kapal Diraja atau KD SELANGOR dan menempa sejarah sebagai antara kapal yang telah mengambil bahagian dalam ‘The Royal Fleet Review’ yang pertama di Port Dickson yang disaksikan sendiri oleh DYMM Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad, yang merupakan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Pertama negara.

Kapal atau bot ronda HDML sebenarnya mempunyai tugasan untuk meronda kawasan tepi pesisir pantai serta muara sungai. Walaupun demikian oleh kerana sifatnya yang mampu belayar walaupun di laut lepas, ia digunakan secara meluas ketika Perangn Dunia Kedua. Kebanyakan platform SDML mempunyai sebuah meriam ‘2 Pounder’ di geladak hadapan dan di geladak belakang pula terdapat meriam ringan Oerlikon 20mm, manakala di kiri dan kanan anjungan pula dua laras mesingan Vickers .303. Walaupun demikian kebanyakan kapal tidak dipasangkan dengan meriam ‘2 Pounder’ kerana keadaan kapal yang kecil serang membuatkan ia dibuai alun gelombang dan ini menyukarkan krew untuk membuat penembakan yang tepat. Kebanyakan SDML telah menggantikan meriam tersebut dengan meriam Oerlikon 20mm sama seperti terdapat di geladak belakang. Selain Malaysia, kapal-kapal ini turut dihadiahkan atau dijual kepada negara-negara tertentu oleh pihak British, antaranya adalah Burma, Sri Lanka dan juga Filipina.

Pada 1961 nama KD SELANGOR telah ditauliahkan sekali lagi kepada kapal TLDM yang dibina oleh firma Vosper Thornycraft Limited di Portsmouth, England dengan nombor penant P3139. kapal-kapal ronda ini, berjumlah enam buah kesemuanya telah menjadi tulang belakang kepada Armada TLDM ketika Era Konfrontasi. Insiden yang mengharumkan nama KD SELANGOR ketika era konflik dengan Indonesia tersebut berlaku pada 24 Julai 1964, apabila kapal tersebut telah berjaya menenggelamkan sebuah bot kor komando penggempur Indonesia di Selat Singapura yang cuba menyelinap masuk melalui jalan laut. Dalam pertempuran tersebut, seorang anggota TLDM telah terbunuh, dan dua lagi cedera, manakala kesemua anggota komando Indonesia berjaya dibunuh dan bot mereka tenggelam akibat tembakan dari KD SELANGOR. Pada 30 September 1995, kapal KD SELANGOR telah dilucutkan tauliahnya setelah 32 tahun menabur jasa diperairan negara. Hari ini untuk meneruskan tradisi tentera laut, pihak TLDM akan sekali lagi mengabadikan nama ‘SELANGOR’ kepada kapal NGPV ke enam yang telah berjaya dibina oleh Boustead Naval Shipyard.

NGPV Fasa Kedua

Setelah kesemua enam kapal kini telah dilancarkan dan sedang giat dikemas-kinikan sebelum diserahkan kepada TLDM, timbul seribu satu persoalan mengenai nasib program NGPV Fasa Kedua atau ‘Second Batch’. Apa yang agak unik mengenai perkara ini ialah pembinaan kapal NGPV memakan masa yang panjang, iaitu dari penghujung 1998 hingga 2009, tempoh masa yang menyaksikan Malaysia mengalami perubahan tiga orang Perdana Menteri. Pada bulan November 2008, manta Perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan hasrat Kerajaan untuk meneruskan progran NGPV Fasa kedua sebaik ke enam-enam kapal NGPV fasa pertama di tauliahkan dalam perkhidmatan TLDM menjelang awal tahun 2010. Beliau mengumumkan demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop ketika upacara pelancaran kapal NGPV kelima, KELANTAN di limbungan Boustead Naval Shipyard. Beliau juga menyatakan betapa pihak kerajaan melihat dengan positif perkembangan dan pendekatan yang dilaksanakan oleh pihak Boustead dalam mempersiapkan kapal-kapal NGPV setelah mengambil-aleh dari PSC-Naval Dockyard.

Pada temubual yang dilaksanakan selepas acara pelancaran kapal SELANGOR, Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz telah meluahkan harapan beliau agar program tersebut dapat diteruskan sepertimana yang disarankan oleh Tun Abdullah walaupun pucuk kepimpinan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan kini telah bertukar ganti. Menurut beliau TLDM telah ‘kehilangan’ 17 buah platform ronda apabila kesemuanya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia beberapa tahun lalu untuk memperkasakan kemampuan rondaan agensi tersebut. Kapal-kapal ronda tersebut adalah merupakan kapal Ronda Kelas Sabah dan Kris yang dianggap tidak lagi begitu sesuai untuk diguna pakai bagi tujuan rondaan kawasan maritim termasuk juga kawasan Zon Ekonomi Eksklusif yang hari ini adalah termasuk kawasan perairan meliputi lebih 200 batu nautika, walhal ketika kapal-kapal kelas Sabah dan Kris diperkenalkan dahulu, ianya hanya bertujuan meronda kawasan pesisir pantai sahaja. Dengan pentauliahan kesemua kapal-kapal NGPV menjelang 2010, ia sedikit sebanyak dapat menampung keperluan yang mendesak, namun jumlah tersebut adalah jauh kurangnya dari jumlah yang diperlukan kerana hnaya enam dari sejumlah 17 kapal yang ‘hilang’ akan dapat digantikan dalam tempoh terdekat.

Laksamana Tan Sri Abdul Aziz juga menyatakan bahawa sekiranya kebenaran diluluskan oleh kerajaan untuk membina NGPV Fasa Kedua, beliau mengharapkan agar jumlah kapal yang bakal dibina pada program tersebut haruslah sekurang-kurangnya enam buah kapal. Ini menurut beliau lagi ialah kerana membina kurang dari jumlah tersebut tidak akan memberikan pulangan yang baik dari segi komersial kepada pihak Boustead Naval Shipyard, selian dari tidak praktikal dari sudut logistik kepada TLDM. Tentunya ini datang dari pengalaman TLDM, yang sejak merdeka telah memperolehi platform-platform utama dalam jumlah yang kecil, manakala bot atau platform ronda dalam jumlah yang agak banyak. Faktor kos adalah antara penyumbang kenapa TLDM berbuat demikian pada ketika itu, namun demikian hari ini perbezaan antara, misalnya korvet, frigat dan kapal ronda telah mula agak kabur, terutamanya dari segi saiz. Begitu juga dengan sistem penderia dan persenjataan yang dimiliki oleh kapal-kapal yang mempunyai klasifikasi berbeza ini. Teknologi juga telah memungkinkan pembinaan dan integrasi sistem yang lebih berkemampuan, walaupun saiz platform adalah lebih kecil atau kompak. Penggunaan sistem penderia, persenjataan dan kelengkapan yang modular turut membolehkan proses senggaraan dan baik pulih dilakukan dalam tempoh jangkamasa pendek dan mengurangkan masa kapal berada di dalam limbungan bagi tujuan pembaikan. Dengan mempunyai sejumlah kapal ronda dari kelas yang sama, ia akan menjimatkan penggunaan tenaga pakar, memudahkan proses pencarian dan penghasilan alat ganti, selain kemampuan untuk memudah dan menyeragamkan keseluruhan proses pembinaan dan integrasi yang mahu dibuat. Bagi pihak TLDM pula, mempunyai platform ronda dari kelas yang sama bermakna kurangnya rangkaian logistik, mudahnya mengadakan latihan selain melaksana perintah tetap bagi operasi kapal yang seragam untuk kesemua anak kapal. Ini sememangnya terbukti kerana walaupun dari platform berbeza, namun dari segi kelas kapal, ia adalah yang sama.

Keputusan sama ada meneruskan program NGPV atau sebaliknya kini berada semula di tangan pihak kerajaan. Apakah sekali lagi pihak Boustead Naval Shipbuilding akan ‘dipadankan’ dengan sistem reka bentuk MEKO sepertimana sebelumnya atau bakal terus menghasilkan platform yang sama dengan kapal-kapal Kelas KEDAH adalah sesuatu yang harus diputuskan tidak lama lagi.

Penulis tidak menolak, berkemungkinan besar keputusan ini bakal diumumkan pada ketika pameran LIMA 2009, memandangkan pentauliahan kesemua enam buah kapal NGPV baharu dijangka pada awal 2010. Perkara ini mungkin telahpun dihidu oleh firma-firma asing yang merasakan bahawa keadaan industri maritim berkaitan ketenteraan negara kini sudah pulih dan keyakinan terhadap Boustead untuk mengendalikan program NGPV seterusnya tidak lagi perlu dipertikaikan.

Sabtu, 5 Disember 2009

Benarkah TLDM bakal membeli Kumpulan Kedua Kapal Frigate Kelas Lekiu?




Apa itu frigate?
Frigate ialah Kapal perang. Ia sejenis kapal yang dimiliki oleh tentera laut yang mana ia boleh bergerak pantas. Di dalam ketenteraan moden, Frigate selalu digunakan untuk melindungi kapal perang dan kapal perdagangan yang membawa komoditi seperti minyak, kontena dan lain-lain lagi. Kapal frigate juga mempunyai keupayaan peperangan anti kapal selam (ASW), peperangan anti udara (AAW), peperangan elektronik (AEW).

rigat Kelas Lekiu merupakan aset moden utama di dalam armada Tentera Laut Diraja Malaysia. Terdapat dua buah frigat di dalam kelas ini iaitu F29 KD Jebat dan F30 KD Lekiu. Kelas ini dinamakan sempena nama kapal kedua di dalam kelas ini yang mana dilancarkan sebelum Jebat.

Frigat ini telah dibina oleh syarikat Yarrow Shipbuilders UK di Glasgow (kini BVT Surface Fleet) berdasarkan rekabentuk frigat ringan, FS 2000. Lekiu telah dilancarkan pada bulan Disember 1994 sementara Jebat pula dilancarkan pada bulan Mei 1995. Jebat memiliki nombor pennant yang lebih rendah (F 29) bagi melambangkan kekananan dalam kelas ini, yang mana menempatkan Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia (Hang Jebat mengantikan Hang Tuah sebagai Laksamana semasa pemerintahan Kesultanan Melaka, sementara Hang Lekiu tidak pernah menjadi Laksamana).

Kedua-dua frigat F29 KD Jebat dan F30 KD Lekiu berkhidmat di dalam Skuadron Frigat 23, Tentera Laut Diraja Malaysia. Kapal frigate merupakan aset permukaan terpenting bagi TLDM di mana ia akan diletakkan di barisan hadapan sekali jika berlakunya sesuatu konflik yang melibatkan keselamatan negara. Baru-baru ini di LIMA 2009, Kerajaan menyatakan ingin memperoleh sekurang-kurangnya 2 buah kapal frigate jenis yang sama bagi menjaga perairan Malaysia.

Jebat dan Lekiu

Kedua-dua kapal ini merupakan tunggak utama armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). KD Jebat ialah kapal induk (flagship) TLDM mula dibina di Glasgow, Scotland pada bulan November 1994 lima bulan selepas KD Lekiu. Pada mulanya kapal-kapal ini ingin ditaraf sebagai korvet sahaja, kemudiannya dinaiktaraf sebagai frigat dan kedua-duanya ditauliahkan pada bulan Ogos 1997. Ketika pembinaan, masalah timbul akibat kesukaran menyepadukan pelbagai sistem senjata dan deria untuk dimuatkan dalam kapal yang bersaiz agak kecil. Ini kerana biasanya kapal dalam saiz sebegini tidaklah dilengkapkan kelengkapan yang berat. Hanya pada tahun 2000 barulah kapal-kapal ini diserah kepada TLDM setelah segala kesulitan diatasi.

Flotila Serangan


ebat dan Lekiu ditugaskan dalam skuadron ke-23 (frigat) dalam unit flotila serangan TLDM.

Senjata utama terdiri dari peluru berpandu MBDA Exocet MM40 Block II anti kapal menjadikannya 'kayu pemukul' yang berbisa. Untuk memusnahkan sasaran Exocet dipandu oleh kepala pencari monopulse aktif dalam fasa tamatan. Lapan buah peluru berpandu ini diletak di bahagian tengah di antara dua tiang utama dalam kedudukan bersilang melintang. Pertahanan anti udara menggunakan sistem Sea Wolf yang telah terbukti keupayaannya ketika perang Falkland 1982. Sistem ini telah dipertingkatkan lagi dengan perisian termaju membolehkannya mengenalpasti dan membezakan sasaran-sasaran yang terbang terlalu rapat antara satu sama lain. Sea Wolf yang berkelajuan 2.5+ Mach mampu memintas sasaran sehingga 10km ke altitud 10000 kaki. Sebanyak 16 peluru berpandu ini dibawa dalam sistem lancaran tegak di kedudukan 'B' di belakang meriam Bofors 57mm.

Untuk tugas anti kapal selam Jebat dan Lekiu menggunakan kombinasi sonar Spherion, pengumpan Sea Siren dan sistem pelancar torpedo B515. Sebanyak dua pelancar torpedo dalam aturan ganda tiga, masing- masing di setiap sisi kapal, berupaya menembak torpedo Stingray 324mm.

Super Lynx
Hampir serentak dengan perolehan frigat-frigat ini, sejumlah 6 buah helikopter Agusta Westland Super Lynx 300 tiba menjadikan Jebat dan Lekiu padat dengan kecanggihan. Super Lynx merupakan peningkatan dari versi Lynx terdahulu yang mula diterbangkan pada Februari 1976, dibeli oleh kerajaan bagi menggantikan helikopter Wesland Wasp yang sudah berkhidmat begitu lama. Program British Experimental Rotor Programme (BERP) telah merekabentuk semula rotor pesawat untuk kawalan penerbangan yang lebih baik. Radar Sea Owl beserta pembayang bahang dan magnetic anomaly detector (MAD) juga dilengkapkan. Kebolehan Super Lynx yang memberikan anjakan kuasa kepada TLDM ialah keupayaannya melancarkan torpedo Whitehead dan peluru berpandu anti kapal Sea Skua. Peluru berpandu Sea Skua juga telah beraksi buat kali pertama ketika perang Falkland dan kini digunakan oleh angkatan laut United Kingdom, Brazil, Jerman, Korea Selatan dan Turki.

Kelas Lekiu Kumpulan II
Penganalisis pertahanan tempatan dan juga pihak TLDM dikatakan telah sepakat bahawa jumlah optimum kapal bagi sesebuah skuadron ialah enam buah. Ini membolehkan kapal-kapal diselenggara mengikut jadual tanpa mengenakan beban kerja yang lebih kepada kapal-kapal lain dalam skuadronnya. Justeru perancangan telah dibuat untuk memperolehi empat buah frigat lagi dalam kelas Lekiu yang dipertingkatkan dan dikenali sebagai Lekiu kumpulan II. Bagaimanapun kerajaan Malaysia dikatakan hanya bersedia membiayai dua buah kapal sahaja. Ura-ura Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, membayangkan kerjasama di antara BAE System dan Labuan Shipyard untuk membekalkan kapal- kapal tersebut, namun sehingga kini masih belum terlaksana. TLDM ketika ini hanya mempunyai satu lagi frigat iaitu KD Hang Tuah yang dijadikan sebagai kapal latihan.

Selaras dengan Dasar Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) yang menyatakan bahawa TLDM merupakan benteng pertahanan pertama negara. Oleh kerana Malaysia sebuah negara litoral (pesisir) maka wajarlah Kerajaan memperuntukkan belanjawan yang lebih besar kepada TLDM bagi memperoleh lebih banyak aset-aset yang baru serta canggih seperti korvet, Multipurpose Command and Support Ships dan tidak terkecuali frigate. Oleh kerana jumlah frigate agak sedikit, Kerajaan perlulah menambah lagi bilangan kapal jenis tersebut. Bukanlah untuk menggalakkan persaingan senjata tetapi lebih kepada memantapkan pertahanan negara.

Selain itu, Program Kapal Peronda Generasi Baru (NGPV) wajarlah diteruskan lagi kerana TLDM masih lagi mengalami kekurangan kapal disebabkan kebanyakkan kapal telah pun uzur (lebih 20 tahun) tidak sesuai untuk kegunaan doktrin pertahanan pada masa kini. Sebahagian kapal peronda TLDM juga telah diserahkan kepada APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) untuk membantu agensi tersebut untuk memgawal perairan negara dari diceroboh oleh musuh-musuh.

Akhir sekali tahniah kepada TLDM yang menyambut ulangtahun ke 75 penubuhannya disamping kehadiran Kapal Selam Pertama negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman. Dengan adanya kapal selam tersebut, diharapkan dapat mengukuhkan lagi pertahanan negara selari dengan congan kata TLDM, "Sedia Berkorban".

Hibrid Electic Vehicle

A hybrid electric vehicle (HEV) combines a conventional internal combustion engine propulsion system with an electric propulsion system. The presence of the electric powertrain is intended to achieve either better fuel economy than a conventional vehicle, or better performance. A variety of types of HEV exist, and the degree to which they function as EVs varies as well. The most common form of HEV is the hybrid electric car, although hybrid electric trucks (pickups and tractors) also exist.

Modern HEVs make use of efficiency-improving technologies such as regenerative braking, which converts the vehicle's kinetic energy into battery-replenishing electric energy, rather than wasting it as heat energy as conventional brakes do. Some varieties of HEVs use their internal combustion engine to generate electricity by spinning an electrical generator (this combination is known as a motor-generator), to either recharge their batteries or to directly power the electric drive motors. Many HEVs reduce idle emissions by shutting down the ICE at idle and restarting it when needed; this is known as a start-stop system. A hybrid-electric produces less emissions from its ICE than a comparably-sized gasoline car, as an HEV's gasoline engine is usually smaller than a pure fossil-fuel vehicle, and if not used to directly drive the car, can be geared to run at maximum efficiency, further improving fuel economy.

The hybrid-electric vehicle did not become widely available until the release of the Toyota Prius in Japan in 1997, followed by the Honda Insight in 1999. While initially perceived as unnecessary due to the low cost of gasoline, worldwide increases in the price of petroleum caused many automakers to release hybrids in the late 2000s; they are now perceived as a core segment of the automotive market of the future. Worldwide sales of hybrid vehicles produced by Toyota reached 1.0 million vehicles by May 31, 2007, and the 2.0 million mark was reached by August 31, 2009, with hybrids sold in 50 countries. Worldwide sales are led by the Prius, with cumulative sales of 1.43 million by August 2009. The second-generation Honda Insight was the top-selling vehicle in Japan in April 2009, marking the first occasion that an HEV has received the distinction. American automakers have made development of hybrid cars a top priority.

Mekanisme Stabilkan Ekonomi Negara Islam





Salah satu dari alternatif ialah menyediakan platform sistem kewangan berteraskan dinar emas bagi mengantikan elemen konvensional ala-Barat yang bersifat kapitalis.
Saranan kajian semula penggunaan dinar emas dalam pasaran yang dicetuskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom adalah susulan kesedaran bahawa menerusi pengamalan sistem kewangan global masa kini yang berteraskan nilai berasaskan wang kertas serta paling penting ia berlandaskan riba yang pasti bercanggah dengan prinsip ajaran Islam adalah penghujahan asas betapa prihatinnya kerajaan Malaysia dalam ‘mendaulatkan’ sistem kewangan Islam secara optimum dan progresif.
Penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang dinyatakan perlu dikaji semula dan diteruskan seperti yang telah disarankan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak sedekat lalu ada kewajarannya.
Kesedaran bahawa menerusi penggunaan dinar emas sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran yang mantap serta bebas dari ‘manipulasi nilai’ terutama dalam perdagangan antarabangsa adalah penyebab utama kepada gesaan supaya bukan sahaja Malaysia tetapi negara Islam lain untuk bersepakat menggunakan dinar emas sebagai perantara ‘nilai dagangan’.
Justeru, pandangan Datuk Jamil Khir Baharom adalah bertepatan dengan peranan yang telah sekian lama dimainkan Malaysia dalam mempromosi sistem kewangan Islam sebagai satu sistem alternatif kepada corak pengamalan kapitalisme yang diamalkan komuniti perdagangan sejagat.
Tidak dinafikan bahawa menerusi sistem konvensional masa kini, secara global ia telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral adalah tepat.
Bahkan juga kini mata wang turut dijadikan sebagai ‘komoditi’ yang boleh diperdagangkan. Inilah bahaya yang membawa berlakunya pelbagai krisis global termasuk krisis harga minyak, beras serta makanan ruji dan juga melibatkan krisis mata wang diperingkat global.
Justeru, menerusi komoditi emas dan dinar emas itu sendiri yang terkenal dengan sifatnya yang stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi menambahkan ‘keselamatan nilai’ dalam sesuat urus niaga. Harus disendari bahawa dalam kegiatan pasaran antarabangsa masa kini, termasuklah penetapan harga sesuatu komoditi serta sistem kewangan global, aspek spekulasi dan manipulasi menjadi teras utama kepada penentuan ‘nilai’ dalam pasaran.
Secara jelas menurut Tun Dr Mahathir, tindakan membendung kegiatan spekulasi, termasuklah spekulasi dalam perdagangan mata wang ini menjadi penting dan strategic. Jika kegiatan tidak bermoral dalam sistem dan platform asas dalam perdagangan antarabangsa tidak selamat, maka negara akan terjebak terus ke kancah kemiskinan.
Komen Dr Mahathir adalah tepat dalam mengamati betapa keselamatan nilai dalam mata wang penting dapat dipaparkan menerusi bait ucapan beliau pada 1 September 1998 bahawa ‘apabila nilai ringgit diturunkan maka pendapatan kita akan berkurangan terutama apabila kita perlu membeli barangan dari luar negeri dan dengan keadaan ini maka kita menjadi miskin dan orang ramai menjadi miskin’.
Inilah hujah betapa perlunya keselamatan nilai dalam komponen perdagangan global dapat dicapai dan salah satu dari alternatifnya ialah menyediakan platform sejagat agar sistem kewangan berteraskan dinar emas dapat dijanakan menggantikan elemen konvensional ala-Barat yang kapitalis sifatnya.
Selain itu juga, mengimbau saranan Tun Dr Mahathir yang jelas membayangkan akan bahaya ketidak kukuhan nilai modal menerusi pengamalan sistem kapitalis sedia ada, di mana pastinya ia telah menunjukkan bahawa sistem tersebut telah mampu membawa kemusnahan dalam sistem perekonomian dan pembangunan sesebuah negara.
Selain itu, menerusi pengamalan sistem kapitalis antarabangsa kini, rekod prestasi sistem tersebut telah menunjukkan keburukannya yang nyata, terutama membabitkan krisis ekonomi yang melanda rantau Asia Pasifik seperti yang berlaku di Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Filipina dan juga Malaysia pada 1997 yang pada masa telah mendorong kepada kejatuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara. Ini secara jelas pada 1997 sahaja, KDNK rantau Asia Timur telah jatuh menjunam dari kadar tujuh peratus kepada hanya 1.5 peratus. Seolah bahawa menerusi sistem yang wujud, kemakmuran dapat dicapai beserta pula risiko untuk miskin mendadak. Yang pasti tidak wujud kestabilan dalam praktikal ekonomi antarabangsa dan sistemnya telah mewujudkan monopoli sistem oleh mana-mana negara dan kumpulan yang berkemampuan berbuat demikian.
Buktinya, dalam konteks pasaran di Malaysia, semasa krisis mata wang yang disusuli krisis ekonomi, maka ia telah menyusutkan ketara yang bukan sahaja diakibatkan oleh nilai tukaran Ringgit Malaysia (RM) yang susut sebanyak 80 peratus, serta ditambah buruk oleh indeks dipasaran saham negara yang juga menyusut dengan secara kritikal dari 1200 mata kepada hanya 260 mata berpunca dari bukan sahaja nilai mata wang negara yang rendah, namun disebabkan oleh berlakunya pengaliran keluar modal dari pasaran domestic secara ketara dengan nilai anggaran US$300 bilion.
Disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda pada 1997, berpunca dari berlakunya ketidaktentuan di pasaran mata wang antarabangsa sehingga nilai RM berubah-ubah dan menjadi rendah, maka Malaysia dianggarkan telah kehilangan lebih US$40 bilion dari segi kuasa beli sekaligus pasaran domestic negara terjebak dengan kemunduran nilai wang yang mendadak. Ia juga menjadi penyebab kepada terbantutnya usaha negara untuk mencapai status negara maju dengan lebih pantas.
Di Malaysia juga akibat krisis ekonomi yang melanda disebabkan oleh kegiatan spekulasi mata wang pada asasnya, telah menyebabkan bilangan isi rumah miskin tegar meningkat dari 294, 000 pada 1997 kepada 342, 500 pada 1998, di mana pada masa sama kadar inflasi yang hanya pada angka 2.7 peratus pada 1997 kepada 5.3 peratus pada 1998. Maka rakyat terpaksa berbelanja lebih untuk kos sara hidup berbanding tahun-tahun sebelum krisis ekonomi berlaku. Bahkan produk import juga pastinya telah meningkat naik harganya akibat dari susutan nilai mata wang Malaysia akibat spekulasi di pasaran mata wang antarabangsa.
Untuk itu, saranan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang mencadangkan supaya dinar emas atau emas itu sendiri dijadikan instrument atau alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa adalah tepat disebabkan oleh sifat bahan tersebut yang dikenali stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.
Menerusi inovasi dalam sistem pertukaran nilai ‘mata wang’ sedia ada diyakini akan membolehkan berlakunya kestabilan ekonomi bukan sahaja di negara-negara Islam bahkan ia akan memberikan imbalan alternatif kepada sistem kapitalis sedia ada sebagai wadah dunia membangun untuk menghindari punca asas kepada sesuatu krisis ekonomi yang sedia melanda dunia tanpa sebab yang jelas.
Yang pastinya kesetiaan kepada negara adalah menjaga kedaulatan yang dimiliki dan ekonomi adalah salah satu kerangka kedaulatan. Mendaulatkan kedudukan ekonomi negara serta memperbaiki sistem yang wujud adalah satu nilai patriotic yang penting bagi menjamin keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara daripada terjebak ke kancah penjajahan baru yang bukan bentuk fizikal tetapi cenderung kepada berbentuk ekonomi, politik dan sosial. Tanpa nilai ekonomi dan pembangunan yang mampan, pastinya negara akan terjebak dengan bentuk penjajahan baru dibawa arus material era globalisasi semasa.

Dinar Emas – Senjata Baru Umat Islam




Sistem riba orang kufur akan hancur dengan sendirinya sekiranya umat islam mula menolaknya dan menggantikan dengan sistem kewangan sebenar. Dinar emas melambangkan kekuatan, kekayaan dan keadilan dalam Islam.
Sebut sahaja senjata, ramai yang membayangkan peperangan atau alat untuk mempertahankan diri. Senjata lazimnya digunakan untuk membunuh lawan atau menumpaskan mereka yang menceroboh kawasan kita. Pemilik senjata itu sudah pasti mengharapkan musuh dapat dikalahkan. Sebab itulah senjata amat penting dalam mempertahankan diri semasa peperangan. Keris, parang dan panah adalah senjata tradisional masyarakat kita.
Pada zaman Rasulullah SAW senjata yang digunakan ketika itu ialah pedang dan panah bersama kuda yang mampu dipacu laju. Dalam peperangan Uhud, tentera Rasulullah SAW telah mengunakan strategi yang begitu cermat dengan mengarahkan angkatan memanahnya menduduki gunung Uhud dan berpesan supaya jangan sekali-kali meninggalkan puncak gunung Uhud. Baginda telah berpesan kepada tenteranya supaya jangan sekali-kali meninggalkan puncak gunung Uhud. Sejarah telah membuktikan bahawa tentera memanah Islam telah mungkir arahan ketua, meninggalkan puncak Uhud dan kesannya menjadi sejarah dan teladan.
Dalam dunia moden kini kita dapati setiap Negara berlumba-lumba untuk menyiapkan negara masing-masing dengan persenjataan terkini. Ada juga negara yang berlumba-lumba memiliki senjata nuklear atau senjata pemusnah lain. Peralatan ketenteraan semakin hari semakin canggih dan dunia ketiga pula sentiasa diajak untuk mengejar perkembangan teknologi ketenteraan terkini. Contoh yang ada membuktikan bahawa kebanyakan senjata yang dimiliki oleh sebuah negara itu akhirnya hanya efektif digunakan terhadap rakyatnya sendiri.
Sejarah juga membuktikan bahawa jika berlaku peperangan, tidak ada negara boleh berdikari sendiri untuk menentang musuh. Juga realiti memaparkan kepada kita bahawa sebaik sahaja hutang pembelian senjata sesebuah negara hampir selesai, senjata baru diperlukan kerana senjata lama sudah tidak boleh digunakan lagi atau teknologinya ketinggalan zaman. Kitaran ini berterusan dan akan berterusan tanpa selesai. Jika kita teliti isu persenjataan ini, kita dapati bahawa di belakang industri ketenteraan ini ialah industri perbankan.
Persoalan kita sekarang ialah adakah kita sebagai negara Islam turut mengejar kekuatan ketenteraan negara dengan secara berterusan menambah pembelian senjata moden buatan Amerika, Rusia atau China? Pembelian senjata yang menelan belanja berbilion dolar Amerika itu menyebabkan negara berhutang dengan institusi kewangan dunia. Apakah sesuai senjata yang kita beli itu sedangkan senjata semakin hari semakin canggih? Patutkah kita mula mengenali dahulu siapa musuh kita yang sebenarnya sebelum menyiapkan diri dengan persenjataan? Apakah sesuai senjata moden digunakan untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan mata wang kita daripada diceroboh oleh penyangak mata wang antarabangsa?
Apalah gunanya persenjataan ketenteraan yang canggih sedangkan orang kafir menyerang kita menggunakan senjata yang tidak boleh dikalahkan oleh senjata moden yang canggih itu. Dalam hal ini adalah dirasakan bahawa lebih wajar untuk negara supaya memikirkan mencari senjata yang sesuai untuk melawan serangan penyangak mata wang.
Penyangak mata wang menggunakan manipulasi mata wang dan bursa saham untuk merosakkan ekonomi negara dunia ketiga. Wang kita disandarkan kepada dolar Amerika. Apa ertinya kita ada simpanan ratusan billion dolar jika nilai dolar boleh menyusut 100 peratus? Rakyat Malaysia pasti ingat peristiwa tahun 1997 apabila Ringgit Malaysia telah susut nilai lebih 60 peratus dan banyak kekayaan negara terlepas kepada negara lain dalam masa yang begitu singkat. Kita ingat lagi satu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad pernah meminta supaya wanita UMNO menukar emas yang mereka miliki kepada dolar Amerika.
Seperti yang dikatakan sebelum ini bahawa dunia kita sekarang berada dalam zaman riba. Kekuatan kuasa kafir berteraskan kekuatan sistem kewangan yang berteraskan kepada riba, sistem wang kertas janji kosong dan penjanaan wang kertas tanpa sandaran. Melalui sistem ini, dunia Barat berupaya membeli bahan mentah dari negara ketiga dengan harga yang begitu murah.

Penyusutan nilai dolar Amerika

Mungkin ada yang tidak bersetuju apabila saya katakana bahawa dolar Amerika adalah musuh umat Islam. Wang kertas ini hanyalah wang dan merupakan alat pertukaran yang dipaksa ke atas seluruh dunia. Hampir semua komoditi utama dunia dinilai dan dihargakan dalam dolar Amerika malah lebih daripada 80 peratus perdagangan antarabangsa menggunakan dolar Amerika. Kedudukan ini memberi kekuatan kepada wang kertas dolar.
Bagaimanapun nilai dolar Amerika kini merosot kerana beban hutang Amerika menanggung kos peperangan di Iraq dan ancaman keselamatan terhadap Amerika oleh apa yang dikatakan pengganas. Ketidakstabilan dunia dengan perkembangan projek nuklear di Iran menyebabkan harga minyak yang meningkat menjadikan kuasa membeli dolar Amerika menyusut. Peristiwa pengisytiharan negara Cuba untuk tidak membenarkan penggunaan dolar Amerika dan Russia mahulam menggantikan pegangan dolar Amerika dengan Euro turut menyusutkan kadar pertukaran dolar Amerika.
Ramai pakar ekonomi mentakrifkan dolar Amerika ini sebagai mata wang dalam keadaan tenat dan penggunaan dolar yang tenat ini meningkatkan kos perdagangan antarabangsa. Menyedari akan ketidaktentuan dolar Amerika, dunia kini mula mencari alternatif wang yang lain termasuklah Euro dan Yen Jepun.

Dinar alternatif unggul ganti dolar

Alternatif terbaik kepada dolar Amerika dan wang kertas yang lain ialah dinar emas. Umat Islam mesti memulakan pembentukan sistem alternatif berteraskan mata wang logam ini. Banyak laporan dan analisis yang tersebar melalui internet menyatakan bahawa dinar emas mampu digunakan untuk perdagangan antarabangsa. Ada juga laporan yang menyatakan bahawa dinar emas ini mampu menggantikan dolar Amerika. Malah ada yang menyatakan bahawa dinar emas adalah suatu bom Islamik yang lebih dahsyat kesannya kepada dolar Amerika daripada bom nuklear yang dibangunkan oleh Pakistan.
Orang kufur khasnya kaum Yahudi mula Nampak akan kekuatan yang ada pada dinar emas dan umat Islam. Umat Islam kuat dari segi bilangan kerana setiap enam orang di dunia ini salah seorang adalah orang Islam. Orang kufur akan cuba memastikan supaya umat Islam tidak kembali kepada emas yang digunakan sebagai tukaran wang di kalangan umat.
Begitulah pandangan orang bukan Islam terhadap potensi kekuatan yang ada pada dinar emas. Umat Islam di Malaysia perlu mengetahui sesungguhnya dinar emas boleh memberi kekuatan kepada kita. Jika bom nuklear apabila dijatuhkan akan merosakkan makhluk kejadian Allah SWT seluruhnya, disebaliknya dinar emas akan menyelamatkan mahkluk yang sekarang ini diperbodohkan oleh sistem kapitalis. Dinar emas dapat menyelamatkan kita daripada bala riba yang hukumannya lebih berat daripada berzina.
Umat Islam mesti berusaha supaya dinar emas dijadikan wang perdagangan dan digunakan dikalangan umat Islam. Kita tidak perlu risau tentang sistem kapitalis kerana sistem ini telah pun rosak dan akan hancur dengan sendirinya. Senjata kekuatan kufur ialah melalui sistem kewangannya yang berteraskan riba, manakala senjata umat Islam ialah dinar emas tanpa riba. Dinar emas melambangkan kekuatan, kekayaan dan keadilan sebenar bagi umat Islam. Oleh itu, sama-samalah kita berusaha supaya umat Islam memiliki dinar emas.
Peristiwa rompakan bank di Ireland Utara pada awal bulan April 2005 dengan kehilangan wang berjumlah lebih 40 juta pound sterling dikatakan sebagai rompakan terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah dunia. Rompakan yang dilakukan oleh speculator mata wang di Asia Tenggara pada tahun 1997-1998 sebenarnya jauh lebih besar daripada rompakan di Ireland Utara itu. Peristiwa ini menunjukkan kepada kita bahawa wang kertas kini telah menggantikan emas. Jika dulu resit berbentuk wang kertas yang beredar dikalangan masyarakat sementara puak Yahudi memegang emas. Wang yang beredar dikalangan masyarakat kini sudah mula berubah daripada kertas kepada wang digital, wang plastic dan cek. Rompakan di Ireland tidak merosakkan sistem kewangan negara itu kerana yang hilang adalah kertas yang boleh dicetak semula. Peristiwa ini tidak langsung melemahkan sistem kewangan mereka malah menggukuhkan lagi sistem kapitalis ini. Akibat peristiwa itu kos insurans dan perbankan terus meningkat dan kos ini akan diserapkan oleh komuniti di Ireland dan diseluruh dunia. Sistem ini akan terus ‘mencekik’ masyarakat mereka sendiri.
Islam melarang dinar emas disorok, tetapi digalakkan beredar dikalangan masyarakat. Sesiapa yang mempunyai lebihan dinar emas digalakkan terlibat dalam pelaburan qirad atau dalam perniagaan.

Ekonomi
Dinar emas yang diperdagangkan tidak dikenakan zakat tetapi dinar emas yang disimpan tanpa digunakan untuk perdagangan dikenakan zakat setelah cukup haulnya. Zakat dinar emas bagi setiap 40 dinar ialah satu dinar. Perbezaan antara sistem Islam dengan kufur ialah Islam memakmurkan masyarakat dengan menggalakan dinar emas beredar, manakala kufur sebaliknya menyorok dan menyekat perdagangan dengan mengenakan riba.
Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Yahudi menguasai dunia melalui proksi amat tepat. Dalam protokol Yahudi jelas tercatat bahawa mereka akan menggunakan orang lain untuk memenuhi hajat mereka bagi menguasai dunia. Mereka sedar akan pentingnya kekayaan untuk menguasai dunia malah dalam protokol ke-21 secara terbuka mereka menyatakan mahu menguasai dunia dengan menguasai pegangan emas dunia. Merekalah orang yang memulakan sistem perbankan dan mengeluarkan resit kertas yang dikenakan riba kemudian menjadi bank sehinggalah diamalkan oleh seluruh dunia. Mereka menguasai dunia melalui sistem perbankan IMF (International Monetary Fund), Bank Dunia dan bank-bank utama dunia yang lain dengan cara pinjaman kepada negara lain. Mereka menjadikan negara lain berhutang kepada konco-konco mereka.
Negara peminjam akan sentiasa menadah tangan kepada IMF, Bank Dunia dan bank-bank utama lain untuk memohon pertolongan. Setelah itu mereka akan bangunkan sistem percukaian dalam negara masing-masing sebagai alat untuk membayar kembali hutang. Kita tahu sistem kapitalis ini menjadikan negara peminjam itu ibarat lintah yang melekat pada badan negara ‘dunia ketiga’ kerana orang Yahudi tidak akan melepaskan pegangan mereka. Mereka akan terus berusaha supaya lebih banyak lintah negara Barat terus menghisap sehingga negara itu kekeringan ‘darah’. Jika negara peminjam dikenakan faedah lima peratus terhadap wang yang dipinjamkan, negara itu terpaksa membayar balik hutangnya berganda dalam masa 20 tahun. Sebab itulah kita katakana Amerika Syarikat akan terus merana dengan hutang kerana hutangnya kini lebih US$8 trilion. Hutang ini akan berlipat kali ganda tidak lama lagi. Secara logiknya, dolar Amerika tidak mungkin dapat naik semula.
Dalam hal ini negara yang dikatakan paling berkuasa di dunia ini iaitu Amerika Syarikat sebenarnya adalah negara yang berhutang. Persoalannya ialah dari mana mereka berhutang? Amerika sebenarnya berhutang dengan Bank Dunia, IMF dan beberapa bank utama dunia yang lain. Amerika berhutang kepada institusi perbankan yang tidak ada ketaatan kepada mana-mana negara dan inilah sifat Yahudi yang tidak memiliki negara dan sehingga kiamat mereka ini akan membuat kerosakan.
Sejarah menunjukkan bahawa orang Yahudi telah diusir dari England pada 1290. Sebelum itu, mereka diusir dari Portugis dan juga Sepanyol. Mereka juga diusir dari Perancis sebanyak dua kali, pertamanya pada 1306 dan kemudiannya pada 1394. Pada tahun 1370 mereka dihalau dari Belgium, seterusnya dari Czecholosvakia, Itali dan Belanda. Dari keadaan tertekan inilah mereka bangkit untuk menguasai dunia dengan menggunakan proksi kerana bilangan mereka yang sedikit.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan bagi menzahirkan negara yang dikenali sebagai Israel untuk orang Yahudi pada tahun 1948. Ketika itu mereka menggunakan England dan Amerika Syarikat yang memenangi Perang Dunia Kedua sebagai proksi. Rakyat Palestin dihalau keluar dan diletakkan dalam kem pelarian dan nasib mereka tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Yahudi terus mengganas kerana bagi mereka satu nyawa rakyat Yahudi bersamaan dengan seribu nyawa bukan Yahudi. Amalan ini jelas tercatat dalam buku protokol mereka. Mereka terus melakukan kekejaman kepada rakyat Palestin dan pada waktu yang sama mengaku sebagai bangsa pilihan Tuhan. Mereka mengenakan riba ke atas orang selain bangsa Yahudi tetapi tidak sesama mereka.
Mengenai Yahudi ini, Allah SWT berfirman di dalam al-Quran dan menjanjikan hukuman yang berat ke atas mereka kerana mengamalkan riba dan memakan harta orang lain dengan tipu daya,
“….dan disebabkan mereka memakan riba, pada hal sesungguhnya telah dilarang daripadanya, dan kerana mereka memakan harta dengan jalan yang bathil…” (Surah an-Nisa, ayat 161)
Yahudi menguasai dunia melalui sistem kapitalis Barat. Institusi riba diperkuatkan dengan perundangan dan kuasa pemerintahan penuh sistematik dan teratur serta terancang semenjak 200 tahun lalu. Umpamanya, setelah mencapai kemerdekaan, penjajah akan meninggalkan sebuah perlembagaan yang termaktub di dalamnya sistem kewangan riba itu supaya segala hutang penjajah dapat dijelaskan untuk digunapakai oleh negara merdeka itu.
Perlembagaan yang ditinggalkan memperuntukkan kedudukan yang selamat kepada penguasa-penguasa riba. Kebanyakan negara Islam yang menjadi jajahan kuasa Barat dipaksa untuk terus menggunakannya.

‘Low risk’ doesn’t mean ‘no risk’




Don’t underestimate the effect of risk on your portfolio. To see what can happen along the way, assume that you invest RM10, 000 at an expected annual return of 10% for the next five years. It turns out that you do not only fail to see any returns in your first year, you also lose 30% of your capital. To recover the amount you would have accumulated after five years had your expected return of 10% been achieved, you would have to earn an annualized return of 23% over the remaining four years. If this had happened to you in the second year, it would mean that you would need an annualized return of 23% to recapture your original position.
Volatility plus the effect of compounding long-term annualized returns make it hard to get a fix on how much money you’ll have (on not have) in the future and the opportunity costs can, as illustrated, be disastrous. How do you tame risk? The likelihood of “losing” is reduced when we can find a portfolio with low volatility. Low vitality is in turn achieved by locating low-correlation assets. Such as portfolio is diversified (or better, optimized) and has a risk-return profile that captures a target return to achieve long-term goals while taking into consideration one’s appetite for risk.
Rebalancing where and when appropriate keeps the portfolio true to the original risk-return profile. In theory, rebalancing can be done in several ways. It can involve the realignment of portfolio weightings between asset classes, within asset classes, between sectors or between securities themselves. Essentially, any form of rebalancing is a bet that securities’ prices will regress to the mean – in other words, that last period’s top performers won’t come out on top again this period and that today’s losers will become tomorrow’s winners. The mean in this case would be your target rate of return.
By unloading an asset class that has enjoyed a nice rise, you manage to sell high, although not necessarily at the highest high, because you aren’t trying to time the market. In the process, you escape the inevitable decline of that asset class. Similarly, if you assume that segments beaten down by market forces will one day rise again, buying more of these securities will ensure that you end up owning sufficient amounts to boost your total portfolio return when that asset class ultimately recovers.
Rebalancing , in short, is not only a discipline for buying low and selling high but also a way of remaining true to the asset allocation you have established, thus ensuring the full benefit of diversification according to particular tolerances for risk.
So how do the professionals do it? One of the most common approaches to rebalancing is periodic rebalancing. Studies have shown that calendar-year rebalancing is optimal when done no more than once a year and no less than every four years.
If assets move sideways for an extended period, you wouldn’t need to rebalance just because a specified time had elapsed. Alternatively, if stocks rose 1% per day, you won’t want to wait for more than a year to rebalance. Such a scenario would call for a “threshold” rebalancing approach. This strategy calls for a portfolio to be rebalanced when asset weightings depart from their original allocations by more than a stated amount; in other words, when the weightings cross a certain threshold.