Ahad, 22 November 2009

Inikah luahan lelaki?

Ada kalanya lelaki jarang meluahkan apa yang berselirat di sanubarinya melalui bicara. Namun gelodak di hati, sukar dimengertikan. Kadangkala perbuatan si dia mengugat rasa dan sanubari sang perwira. Tetapi demi menjaga hati kekasih yang tercinta, keegoaannya terpaksa dipendam saja. Benarkah begitu? Agak-agak adakah kenyataan sebegini sering berlegar-legar dibenak fikiran anda wahai LELAKI?

#1

Setiap bulan, pasti adalah sepasang dua kasut baru yang dibelinya. Dengan alasan, nak up to date konon, kalau setiap hari memakai kasut yang sama, orang perasan pula. Tapi, kalau saya beli kasut baru sebab yang lama sudah koyak, adakah patut dia tuduh saya nak mengurat perempuan lain?

#2

Kalau dia puji Fahrin Ahmad tu handsome dan macho, dia kata pujian itu sebab dia peminat setia aktor berkenaan. Tapi kalau saya puji Fasha Sandha tu cukup jelita, dia tuduh saya suka membanding-bandingkan dia dengan perempuan lain pula.

#3

Kalau seminggu dia tidak menghubungi saya, dia cakap itu bukan bermakna dia tidak rindukan saya. Tapi kalau saya tak telefonnya selang dua hari, dia tuduh saya ada skandal dengan perempuan lain dan sudah melupakannya!

#4

Kalau dia senyum dekat lelaki lain, dia cuma cakap senyuman itu umpama sedekah dan dia memang pemurah dengan senyuman. Tapi kalau saya senyum dekat perempuan lain, dia kata saya ni nak menggatal dengan perempuan itu.

#5

Kalau dia lewat, katanya jalan raya jammed. Tapi kalau saya yang terlewat, dia kata mesti tak ada alasan lain… jammed… jammed…jammed!

#6

Dia selalu cakap dalam sesuatu perhubungan mesti amalkan sikap give and take. Tapi kalau sesekali saya suruh dia bayar makan atau tiket wayang, mesti dia cakap saya ni tak gentleman dan suka nak spedo (kikis) duit dia. Akhirnya saya jugalah yang kena bayar!

#7

Kalau dia hanya diam membisu, alasannya dia tak ada mood atau tak tahu nak berbual topik apa. Tapi kalau saya pula yang diam, dia akan tuduh saya teringat perempuan lain.

#8

Kalau dia mahu keluar bersama kawan-kawan perempuannya dan tidak mahu saya ikut, saya langsung tak menaruh syak wasangka. Tapi kalau saya hendak keluar bersama kawan-kawan lelaki saya tanpa mahu membawanya, dia pasti kata mesti ada perempuan lain yang ingin saya bawa.

#9

Kalau dia membeli beg tangan GUESS berharga lebih RM300, pasti dia kata barulah class ada brand padahal dah melambak-lambak koleksi beg tangannya! Tapi kalau saya membeli kasut TIMBERLAND berharga RM400 yang pastinya tahan lasak, dia kata saya ni suka membazir saja. Padahal itu sajalah satu-satunya kasut adventurous yang saya ada.

#10

Dia kata sukakan lelaki yang beriman dan boleh mendidiknya dari segi agama. Tapi kalau saya sering ingatkan dia supaya jangan tinggalkan solat atau pun sesekali bertazkirah soal agama, dia tuduh saya hanya nak tunjuk pandai!

#11

Bila dia suka dengar lagu cinta, katanya itu memang bersesuaian dengan jiwa kewanitaan yang lembut dan mudah terusik. Bila saya dengar lagu cinta, dikatanya pula saya ni jiwang karat!

#12

Dalam setengah jam pasti dia akan menghubungi saya. Mahu bertanya saya sedang buat apa, di mana, sudah makan ke belum dan macam-macam lagi pertanyaan. Alasannya dia mahu sentiasa tahu keadaan saya. Bila saya pula yang kerap menghubunginya, dia bising. Katanya saya ni macam mahu mengongkong privasi dia. Sedangkan saya juga mengambil berat tentang dirinya. Kalau saya jarang call, dia tuduh saya tak mengambil berat pula!!! Adeeeiii…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan