Ahad, 22 November 2009

Nafsu Manusia



Nafsu manusia ibarat sebutir bom jangka
Boleh meledak pada bila-bila masa
Menyebabkan banyak binasaan.
Adakalanya diri merana, dan ada masa
Orang lain pun terkena sama.

Nafsu terkenal dengan sifat nakalnya
Jarang kita dengar orang berkata
Nafsu sangat baik sifatnya
Malah nafsu sangat jahat,
Lebih jahat daripada penjahat.

Nafsu sukar dijangka jahatnya
Ia datang tidak kira masa
Dan kadang-kadang datang tidak semena-mena
Nafsu sukar ditangkap oleh manusia
Sukar juga untuk dikenali manusia biasa
Kerana nafsu itu sudah jadi budaya
Hidup sudah merasai biasa dengannya
Maka ia dikatakan perbuatan manusia
Yang kita tidak tahu asal usulnya.
Nafsu manusia banyak peringkatnya
Ada tujuh semuanya
Dari sejahat macam singa
Sehingga sebaik macam unta
Sangat sukar dijaga dan dibela
Liarnya macam kuda
Pantasnya macam naga.

Senang juga untuk dijaga
Mudah juga untuk dipelihara
Kalau kena gaya
Hati yang baik akan bertakhta
Maka manusia pasti suka
Kerana manusia akan selamat di dunia
Akhirat tak payahlah cerita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan