Ahad, 22 November 2009

KUASA cinta! Apa 10 rahsia itu?

“The beginning of love is to let those we love be perfectly themselves, and not to twist them to fit our own image. Otherwise we love only the reflections of ourselves are find in them.” (Thomas Merton)

1.)Kuasa berfikir

Cinta bermula dari fikiran sebelum disambungkan ke hati. Pastinya anda akan berfikir tentang pasangan ideal yang ingin anda kenali. Bilakah waktu yang tepat; bagaimana mencari; dan ketika bertemu apakah reaksi dan tindakan anda. Mungkin ada yang mengatakan dalam soal cinta, haruslah meletakkan hati di hadapan fikiran. Tetapi secara logikal, fikiran yang akan membantu anda membuat keputusan yang relevan dan rasional.

2.)Kuasa untuk menghormati

Jika anda mahu diri dihormati, anda perlu juga menghormati orang. Walaupun sebagai lelaki, anda sering bertindak dominan dalam perhubungan, anda wajar menghormati pasangan anda. Jadilah contoh yang terbaik selayaknya.

3.)Kuasa persahabatan

Dalam percintaan, anda bukan saja bertindak sebagai kekasih bahkan berperanan sebagai sahabatnya. Saling mempunyai satu misi, satu visi, satu impian, satu harapan, barulah anda dan si dia akan bersatu untuk menggapainya. Lebih afdal memulakan persahabatan terlebih dahulu sebelum melahirkan cinta. Namun ingat pepatah ini, “Persahabatan boleh berakhir dengan percintaan. Namun teramat sukar untuk menukarkan percintaan itu kepada persahabatan”.

4.)Kuasa untuk memberi

Jika anda mahukan cinta, anda harus memberikannya terlebih dahulu. Semakin banyak cinta yang dihulurkan, anda juga akan menerima pulangannya.

5.)Kuasa sentuhan

Sentuhan umpama magis yang mampu menimbulkan getaran cinta. Ia merupakan salah satu ekspresi cinta yang paling kuat dan pasangan yang memiliki tarikan chemistry yang sama pasti merasainya. Namun paling bermakna. Seandainya anda benar-benar tulus menyintainya, sentuhlah hatinya seikhlas dan selembut yang mungkin.

6.)Kuasa melepaskan

Ada pepatah mengatakan, “Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Dalam percintaan, ada masanya kita perlu saling memberikan ruang antara satu sama lain. Bukan mahu memutuskan ikatan cinta, tetapi berehat seketika bagi mencari keyakinan diri dan semangat sendiri dalam mengharungi percintaan. Mencintai juga bererti melepaskan sifat ego, curiga dan takut.

7.)Kuasa komunikasi

Dalam skil komunikasi, kita perlu bersifat terbuka dan jujur. Dalam percintaan, komunikasi memainkan peranan yang paling penting. Begitu juga luahan rasa cinta yang penuh makna, ikhlas dan jujur, Juga kata-kata pujian dan merangsang semangat kejituan dalam bersama mengharungi alam percintaan ini. Sentiasa tinggalkan ungkapan yang mesra buat si dia, mana tahu itulah kata-kata terakhir dari anda yang boleh dikenang seumur hidupnya.

8.)Kuasa komitmen

Ciptalah komitmen untuk anda memperolehi keindahan dalam bercinta. Pastikan komitmen itu pantulan dari fikiran, hati dan tindakanmu. Ramai yang mempercayainya, komitmen merupakan ujian dalam menentukan cinta sejati. Jika anda terikat komitmen dengan seseorang, maka percintaan mampu diteruskan. Komitmen jugalah penentu sama ada sesebuah perhubungan itu berjaya ataupun terlerai dipertengahan jalan.

9.)Kuasa semangat

Semangatlah yang akan sentiasa membuatkan cinta itu terus menyala dan membara. Semangat yang berkobar harus disusuli dengan tindakan yang sepadu dan komitmen yang mendalam. Saling tertarik dan memiliki kemahuan yang sama juga menimbulkan semangat. “Love is the condition in which the happiness of another person is essential to your own”.

10.)Kuasa percaya

Kepercayaan antara komponen penting dalam sesuatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang itu boleh menjadi curiga, was-was, takut, rasa tidak selamat, cemas dan tidak yakin. Anda tidak boleh mencintai si dia seutuh yang mungkin jika anda tidak meletakkan kepercayaan pada tahap yang sama. Tanamkan rasa yang anda akan bersama dengan si dia selama-lamanya dan rasa percaya itu akan terbit secara natural.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan