Ahad, 22 November 2009

Alert Guys!



15 sifat LELAKI yang tidak disukai WANITA…

Gedik, materialistic, high maintenance, selekeh, mengada-ngada, make-up stail bangsawan dahulu kala, busuk hati, kuat cemburu, antara sikap wanita yang tidak disukai lelaki. Secantik mana pun wanita tersebut, kalau sifat-sifat durjana ini bermaharajalela, lelaki mana yang sanggup tahan. Guys! Jangan ingat anda terkecuali dari memiliki sifat-sifat yang diANTI kaum wanita. Berikut antara senarai sifat-sifat lelaki yang kaum wanita bakal mengatakan “Hai-hai, bye-bye!”

1.Cakap meninggikan suara

Memang suara lelaki macho dan garau, tapi tak perlulah cakap kuat-kuat atau meninggikan suara. Sampai satu kampong boleh dengar pula. Kadangkala bagi menunjukkan kuasa veto dan ego, lelaki memang mudah meninggikan suara. Dengan harapan, biar semua orang tahu “dunia ini aku yang punya!”

2.Suka cakap besar

“I ada bisnes juta-jutaan”, “Ala setakat BMW, lima bijik I boleh beli” atau “Sekali petik jari je, ramai perempuan melutut kat depan I tau, so you jangan menyesal”. Fuh! Punyalah cakap besar tak ingat dunia. Hey guys, perempuan pantang lelaki yang suka cakap besar dan berlagak tak kena tempat. Setakat cakap berabuk tapi hasilnya tak ada, jangan bazirkan air liur anda okay!

3.Selingkuh a.k.a curang!

Awek keliling pinggang, ‘spare-part’ sana sini walaupun sudah ada kekasih hati/isteri. Sejauh mana pun anda merahsiakan hubungan sulit anda daripada pengetahuan kekasih/isteri, akhirnya si dia akan tahu jua. Bak kata pepatah, ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’. Ada lelaki yang curang kerana terpengaruh dengan kawan-kawan yang terjebak dalam scenario yang sama, sengaja nak ‘test power’, memang gemar ‘makan luar’ dan pastinya 1001 alasan yang bisa tercipta andai kantoi.

4.Suka cuci mata a.k.a mata keranjang

“Setakat ‘cuci mata’, tak luak pun”, Setakat ‘menikmati permandangan indah”, bukan rugi apa pun” atau “Ala normallah lelaki dengan bab-bab ‘cuci mata’ ni. Serban Pak Haji pun boleh tanggal kalau tengok perempuan seksi!”, aduhai! Skrip ini bisa membuatkan wanita kesayangan anda sebal satu badan. Ingat, kaum wanita tak suka kekasihnya melihat wanita lain terutamanya yang boleh dianggap pesaing mereka.

5.King control

Kuat mengongkong, kena report setiap pergerakan, tak boleh melihat kekasih hati bercampur dengan orang lain terutamanya lelaki dan kena sentiasa bersama setiap masa. Siapalah yang dapat bertahan kalau kekasih kuat mengongkong? Baik wanita mahupun lelaki, kalau dapat kekasih kuat mengongkong ni, alamatnya, hubungan cepat lemau dan pasti cari jalan macam mana nak ucap ‘sayonara’.

6.Ego tak bertempat

Lelaki dan ego… bagaikan irama dengan lagu. Tetapi kalau ego bertempat dan kena pada caranya, boleh diterima jugalah. Bagaimana pula dengan ego tak kena tempat. Apa yang dibuat, semuanya betul. Kalau orang lain, pasti dibangkang kerana salah-salah belaka. Suka menegakkan benang yang basah. 24 jam ego memanjang sampai orang di sekeliling pun jelak dan mual (apatah lagi kekasih sendiri).

7.Putar belit alam a.k.a penipu

Kaki auta dan putar belit alam antara gelaran bagi si penipu. “Sayang, abang balik lambat hari ini, ada meeting”- padahal mahu pergi main snuker bersama kawan-kawan. Atau “Sumpah sayang, hanya sayang saja yang berada di hati I”, tetapi awek keliling pinggang. Paling parah; "Betul saya takde affair dengan perempuan lain, awak seorang saja kekasih hati saya”, hakikatnya berderet skandal di belakang kekasih. Lain di mulut, lain di hati. Seboleh-bolehnya anda akan membuat pernyataan yang mampu membuatkan si dia percaya. Tapi kalau kantoi, pasti ada saja alasan untuk menyelamatkan diri.

8.Perasan

Perasan diri serba serbi hebat, tahu semua perkara (walaupun sekadar pura-pura tahu) atau perasan diri paling kacak, antara 3 alasan wanita akan mengelak dari didampingi anda. Kata-kata anda yang ‘mengangkat diri sendiri’ pasti membuatkan mereka berasa jemu bila sering diucapkan. Tapi bagi anda, itulah ‘jerat’ untuk memikat wanita idaman. Apa pun akhirnya jerat itu pasti memerangkap diri anda sendiri.

9.Pentingkan diri sendiri

Anda tidak memperdulikan orang lain biar pun kekasih sendiri. Apa yang anda tahu, keutamaan adalah untuk diri anda dalam segenap aspek. Anda mahu pendapat anda didengar dan diterima tanpa sebarang bantahan. Anda tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Anda lebih suka ‘menyelamatkan’ diri anda sendiri tanpa memikirkan perihal orang lain. Sikap pentingkan diri sendiri ini pastim membuatkan si dia berasa gusar. Rasa sayang ada di hati, tetapi sikap ini akan membuatkan si dia berasa sebal dan jemu terhadap anda.

10.Tidak tahu menghargai

Apa yang si dia lakukan ikhlas untuk anda langsung tidak anda hargai. Jauh sekali ucapan terima kasih. Malah ada juga anda memperkotak-katikkan apa yang dilakukan. Anda juga pura-pura tidak perasan apa yang si dia lakukan. Contohnya, si dia memberikan anda hadiah tetapi anda menganggap itu sekadar benda remeh. Come on bro, tak rugi pun jika anda mengucapkan terima kasih di atas apa yang dia lakukan. Dan anda juga perlu membuat sesuatu bagi menghargai si dia pula.

11.Tidak tahu menunjukkan sikap prihatin

Kekasih anda tidak sihat, tapi anda tidak berusaha untuk membawa si dia ke klinik. Si dia ada masalah di tempat kerja dan mencurahkan pada anda. Tapi anda sekadar mendengar sambil lewa. Wahai lelaki, kaum wanita bukanlah mahu anda memberikan perhatian 24 jam kepadanya. Tetapi cukuplah sekadar anda mengambil tahu akan dirinya kerana sudah menjadi sifat semula jadi wanita yang ingin bermanja dan dimanjakan. Juga pekalah dengan perasaan si dia.

12.Cemburu

Memang cemburu itu tanda sayang. Tapi kalau dipamerkan secara keterlaluan, pasti banyak menimbulkan sengketa antara anda dan si dia. Anda cemburu si dia berbual dengan lelaki lain? Anda cemburu jika si dia bergaya sikit (bimbang dirinya akan menjadi bahan cuci mata lelaki lain)? Memang tak salah kalau nak cemburu ni, beb. Tapi usahlah over dan terlalu kerap. Ala kadar cukuplah. Asalkan anda dan si dia saling memahami, jujur dan mempercayai antara satu sama lain sudah mencukupi.

3 ulasan:

  1. ouh~
    100% agreed. watch out guys out there.hehe.

    BalasPadam
  2. vah2!tol3x dh leh jd doc lurve dh ko nih zamir...hahaha~

    BalasPadam
  3. To Qema: Thanks...

    To Colorfewlish: Nti ambk PhD nti leh la panggil doc...

    BalasPadam