Ahad, 22 November 2009

Sifat lelaki vs wanita – Bertentangan namun saling memerlukan

1.Dalam dunia lelaki, biasanya kebanyakan golongan suami menganggap mencari nafkah adalah tanggung jawab mutlak mereka. Soal mendidik anak-anak dan menguruskan rumah tangga diserahkan kepada sang isteri walaupun pasangan mereka juga bekerja. Itu sebabnya wanita mudah berasa stress kerana terpaksa berhadapan dengan kerja sama ada di pejabat mahupun di rumah. Di rumah, kebanyakan lelaki hanya goyang kaki!

2.Kebanyakan masa, lelaki akan bersikap diskriminasi terhadap wanita sama ada di rumah mahu pun di pejabat. Mereka fikir, wanita kurang cekap melaksanakan kerja secara manual, kurang efisyen dan bertenaga serta terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyudahkan kerja. Bagi wanita pula, mereka perlukan ketelitian untuk memastikan segala urusan mereka perfect!

3.Wanita memiliki pengertian yang lebih mendalam berbanding lelaki. Sebab itulah mereka lebih mudah mempamerkan emosi disebabkan perkara yang menyentuh perasaan mereka. Dan mereka memerlukan masa untuk menstabilkan kembali emosi yang terganggu.

4.Lelaki pula lebih baik dalam mengawal emosi, memberikan pendapat atau penjelasan secara rasional dan mampu mengubati kesedihan dan membuatkan wanita selesa.

5.Wanita lebih ‘kecoh’ berbanding lelaki. Mereka tahu banyak perkara. Tahu bagaimana hendak berketrampilan menarik, tahu pusat membeli-belah mana yang mengadakan jualan murah, tahu selebriti mana yang bercerai dan tahu teman-teman yang mempunyai kekasih baru!

6.Lelaki lebih mudah hilang pertimbangan dan mudah bersikap kejam berbanding wanita. Ini kerana mereka lebih maskulin dan menganggap memiliki kuasa veto. Mereka tak kisah jika dapat menyelesaikan masalah walaupun berlaku pertumpahan darah.

7.Wanita lebih hebat mempergunakan kelembutan, air mata dan kesedihan mereka untuk menguasai lelaki. Apabila seseorang wanita menangis, lelaki akan cepat cair!

8.Wanita lebih perlu ditemani dan dibelai. Lelaki pula memerlukan masa dan ruang untuk bersama kawan-kawannya walaupun sudah menamatkan zaman bujang.

9.Wanita memiliki alunan vokal yang lebih tajam terutamanya ketika ketawa, menjerit dan membebel. Ini sering menyakitkan pendengaran dan hati lelaki!

10.Wanita memerlukan perlindungan daripada lelaki. Dan dari sudut emosi juga, lelaki memerlukan perlindungan dari wanita kesayangannya walaupun tidak diungkap dek perkataan.

11.Lelaki sepatutnya mempamerkan sifat gentleman mereka terhadap wanita secara natural dan bukan dibuat-buat. Contohnya menarikkan kerusi ketika kaum wanita mahu duduk, tolong membukakan puntu, memberikan laluan terlebih dahulu kepada wanita dan apa saja dalam konteks ladies first!

12.Lelaki lebih bersikap serius tentang maruah mereka berbanding wanita. Ini kerena mereka terikat dengan simbol maskuliniti. Dan sebab itulah mereka sanggup berdebat seandainya maruah atau tahap maskulin mereka dipersoalkan.

13.Lelaki lebih berani mencuba sukan atau kerja-kerja yang lebih berbahaya berbanding wanita. Mereka lebih sukakan kelajuan yang tinggi, tidak gentar dengan sesuatu perkara yang mungkin menyebabkan pertumpahan darah dan sesuatu yang berisiko tinggi.

14.Kebiasaannya, lelaki yang akan memburu wanita berbanding sebaliknya. Tetapi ada kalanya wanita juga memburu lelaki bergantung kepada keistimewaan yang dimiliki mereka. Senyuman dan lirikan mata penuh menggoda juga boleh menundukkan seorang lelaki!

15.Dalam masyarakat, kita lebih menerima jika sang suami yang mencari nafkah berbanding isteri. Dan lelaki sering diperkatakan kurang bermaruah dan tidak gentleman jika meminta duit dari pasangannya.

16.Wanita lebih bergantung harap terhadap suaminya secara total terutamanya soal nafkah hidup. Tetapi jika sebaliknya berlaku, lelaki boleh dianggap parasit dalam hidupnya sendiri.

17.Dalam kebanyakan masa, wanita lebih mudah meluahkan apa yang terpendam bersama kaum sejenisnya terutamanya jika mereka bergaduh dengan pasang masing-masing. Perkara sebegini kurang berlaku terhadap kaum lelaki kerana mereka lebih bersikap rasional dan akan cuba menyelesaikan masalah sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Dalam erti kata lain, lelaki lebih EGO dalam kebanyakan perkara.

1 ulasan:

  1. Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Lelaki Disini Agar Anda Lebih Macho, Tegap Dan Bertambah Kacak....Hehe...
    Jangan Segan2..Realisasikan Badan Impian Anda.....

    BalasPadam